Teksi Udara Singapura

Teksi Udara Bakal Berlegar Di Ruang Udara Singapura

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Jika di Malaysia sudah menampilkan prototype air mobility yang mana kita bakal mempunyai kereta terbang pertama negara, Singapura pula akan pandu uji teksi udara yang dikenali sebagai Volocopter tahun ini.

Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) mendedahkan pada Selasa bahawa ujian awal dengan syarikat Jerman Volocopter akan diadakan di bahagian selatan Singapura.

Ujian itu bermatlamat bagi mengesahkan sama ada pesawat yang menggunakan kuasa elektrik, boleh beroperasi di persekitaran bandar di Singapura dan bakal dijalankan di atas permukaan air.

Pesawat itu akan berlepas dan mendarat secara tegak dan ia berupaya membawa seramai dua orang bagi perjalanan tidak melebihi 30 kilometer. Meskipun ia kelihatan seperti sebuah helikopter, pesawat itu sebenarnya berdasarkan teknologi dron.

Teksi Udara Singapura
Sumber: Straits Times

Ujian itu akan dinilai sama ada ia munasabah untuk menyediakan laluan teksi udara di Singapura dan bagaimana khidmat seumpama itu boleh dilaksanakan dengan menggunakan sistem pengurusan trafik udara.

Buat masa ini, ujian masih dalam fasa persediaan. Ketua Pegawai Eksekutif Volocopter, Florian Reuter mengatakan mereka berharap ujian itu dapat dipercepatkan supaya teksi terbang boleh beroperasi secara rasmi.

Tambahnya, dia juga berharap teksi udara akan menjadi pengangkutan yang berpatutan sama seperti teksi biasa.

Sumber: CNA