
Teknologi Mata Ketiga Dicipta Bantu Mereka Yang Taksub Dengan Telefon
Teknologi Mata Ketiga Dicipta Bantu Mereka Yang Taksub Dengan Telefon.
Sejak menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, telefon pintar kerap menjadi sebab seseorang itu tidak menumpukan perhatiannya terhadap persekitaran mereka.
Menerusi kajian yang diterbitkan di Amerika Syarikat, mereka yang berusia antara 13 hingga 29 tahun mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan leher ketika menggunakan telefon pintar.
30 peratus daripada kemalangan melibatkan penggunaan telefon bimbit ketika sedang berjalan di jalan raya.
BACA: Jepun Gubal Undang-Undang Haramkan Pejalan Kaki Guna Telefon Semasa Berjalan
Kecederaan yang dialami termasuk luka, lebam, calar dan kecederaan dalaman, khususnya pada bahagian mata dan hidung.
Lebih daripada 41 peratus kemalangan berlaku di rumah dan melibatkan cedera ringan yang tidak memerlukan sebarang atau sedikit rawatan.
Daripada jumlah itu, sekitar 50 peratus berlaku apabila individu tidak menumpukan perhatian ketika memandu manakala lagi 30 peratus akibat asyik menggunakan telefon bimbit.
Selebihnya pula berisiko mengalami kecederaan akibat masalah mekanikal, seperti bateri telefon pintar yang meletup.
Baru-baru ini seorang pelajar telah menghasilkan ciptaan robot mata atau ‘teknologi mata ketiga’.
Ciptaan teknologi mata ketiga ini memberikan sensor amaran awal kepada pengguna bagi mengelakkan insiden tidak diingini.
Peranti yang aktif secara automatik sebaik sahaja pengguna berjalan dikatakan boleh membantu mengelakkan bahaya jika mereka leka bermain telefon.
Ciptaan protaip itu direka oleh pelajar dari Fakulti Rekaan Kejuruteraan di Royal College of Art and Imperial College London, Minwook Paeng.
Dipakaikan di bahagian depan wajah, ia akan aktif secara automatik ketika pengguna sedang berjalan sambil menggunakan telefon pintar.
Dalam kata mudah, ‘mata ketiga’ ini akan melihat jika ada halangan di jalan untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.
Melihat pada rekaan tersebut, tidak ubah seperti televisyen litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada dahi seseorang.
Bagi pencipta teknologi ini, dia turut menekankan kesan buruk menggunakan telefon pintar dalam jangka masa yang lama.
Malah dia juga berharap projek ciptaannya ini akan berfungsi sebagai peringatan bahawa obesesi menggunakan telefon pintar memberikan lebih banyak keburukan dari kebaikan.
Sumber: Oddity Central
Trending now



