Anhar Al-Deek Dibebaskan Israel Dengan Jaminan

Tekanan Dan Desakan Seluruh Dunia, Israel Bebaskan Anhar Al-Deek Dengan Jaminan RM51k

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Israel Bebaskan Anhar Al-Deek Dengan Jaminan.

Mahkamah Israel bersetuju untuk membebaskan Anhar Al-Deek dengan wang jaminan sebanyak 40 ribu shekel atau kira-kira RM51 ribu.

Wanita yang kini sarat mengandung sembilan bulan dan dijangka melahirkan anak keduanya beberapa hari lagi itu turut dikenakan syarat untuk ditahan di rumah keluarganya.

Setelah dibebaskan dari penjara, Anhar terus melakukan sujud syukur dan disambut penuh kegembiraan oleh keluarga, sahabat, wakil kerajaan dan wartawan. Dia kemudian terus dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihataan.

Pembebasan Anhar dilihat bahawa kempen kesedaran di media sosial seluruh dunia telah memberikan impak pada imej Israel.

Terdahulu, Mahkamah Israel tidak meluluskan rayuan keluarganya untuk membebaskan mangsa serta tidak mengendahkan keadaan Anhar yang hamil dan mengalami beberapa komplikasi.

Anhar Al-Deek Dibebaskan Israel Dengan Jaminan
Sumber: Twitter Fakhri Fadzli

Dalam pada itu, Liga Arab pada Rabu turut mendesak Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Anhar.

Dalam masa sama, Pertubuhan Masyarakat Awam (CSO) seluruh dunia digesa memberi tekanan kepada Israel agar mematuhi undang-undang antarabangsa.

Anhar ditahan tentera Israel sejak usia kandungannya lima bulan kerana dituduh cuba menikam seorang anggota rejim itu di penempatan haram Israel.

Wanita berusia 25 tahun itu sebelum ini pernah menulis surat dari penjara untuk memohon bantuan kumpulan hak asasi manusia bagi mendesak pembebasannya seterusnya membolehkan dia bersalin di luar pusat tahanan.

BACA: Wanita Palestin Sarat Hamil Terpaksa Bertarung Nyawa Sendirian Di Penjara Israel

Penderitaan yang dialami wanita ini mendapat perhatian netizen di seluruh dunia dengan tanda pagar #SaveAnhar.

Turut diadakan petisyen selamatkan Anhar sebagai usaha mendesak rejim Israel membenarkan Anhar melahirkan bayinya di luar penjara.

Sumber: Palestine Chronicle