Taylor Swift kaya 2019

Taylor Swift Selebriti Dengan Bayaran Tertinggi Tahun 2019

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bermula 2 Disember 2018, penerbangan pertama laluan antarabangsa Ipoh ke Singapura dari Bandar Bunga Kertas akan dilancarkan oleh syarikat penerbangan terkemuka iaitu Air Asia. Penerbangan empat kali seminggu yang mengambil masa sekitar 1 jam 10 minit ini merupakan laluan kedua dari bandar Ipoh selepas laluan Ipoh-Johor yang dilancarkan pada 1 Oktober lepas.

Air Asia
Sumber: Orang Perak

Laluan yang diharapkan dapat menyumbang kepada penambahan jumlah pelawat daripada Singapura ke Malaysia dan vice versa ini menjadi bukti bahawa Air Asia komited untuk terus memperluaskan lagi hubungan melalui jalan udara ke Ipoh di samping memperkukuhkan lagi rangkaian mereka di Singapura.

Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia Malaysa, Riad Asmat menyatakan rasa terima kasihnya kepada kerajaan negeri Perak yang terus memberikan sokongan dan berharap agak kerjasama antara mereka akan tetap berjalan untuk pembinaan inisiatif-inisiatif lain di masa akan datang.

Bagi tempoh perjalanan antara 2 Disember 2018 hingga 30 Mac 2019, Air Asia telah menawarkan tambang promosi serendah RM36 untuk perjalanan sehala laluan Ipoh-Singapura bermula 1 November 2018 sehingga 10 November 2018 tidak termasuk cukai dan terhad kepada pemegang akaun BIG sahaja.

Air Asia

Air Asia

Jadi orang-orang berdekatan Ipoh, Air Asia telah memendekkan tempoh masa perjalanan anda untuk terus terbang ke Singapura tanpa perlu ke KLIA!

Untuk lihat promosi terkini, anda boleh juga lawati laman rasmi media sosial milik Air Asia.

Sumber: Air Asia