Tayangan Frozen 2 Tertangguh, Remaja Bergaduh 1

Tayangan Frozen 2 Tertangguh Gara-Gara 100 Remaja Bawa Senjata Bergaduh

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Dalam pada ramai yang bimbang tayangan filem Joker akan menimbulkan kekecohan dan keganasan penonton, rupa-rupa filem Frozen 2 juga tidak terkecuali daripada scene sebegini.

BACA: Filem Animasi ‘Frozen 2’ Bosan? Ini Kisah Sebenar Di Sebalik Watak Elsa Dan Anna

Sebuah pawagam di Birmingaham telah menyaksikan sekumpulan besar remaja, sekitar 100 orang bergaduh di kawasan pawagam sehingga menyebabkan berlakunya kekecohan di sana.

Malah ada di antara mereka membawa senjata seperti parang terpaksa melibatkan campur tangan polis. Menurut saksi, pada awalnya pergaduhan hanya melibatkan sekumpulan remaja perempuan di dalam pawagam namun ianya semakin menular sehingga ada yang berlari ke bilik-bilik pawagam untuk bersembunyi.

Tayangan Frozen 2 Tertangguh, Remaja Bergaduh

Beberapa anggota polis yang cedera diserang semasa berusaha meleraikan pergaduhan tersebut.

Rata-rata penonton di sana membawa anak-anak mereka bagi menonton filem animasi Frozen 2 meluahkan kekecewaan mereka kerana pergaduhan kumpulan tersebut telah menyebabkan kanak-kanak di lokasi kejadian merasa takut dan tidak selamat.

Menurut pihak polis, mereka tidak menolak bahawa pergaduhan itu sengaja dicetuskan dua kumpulan remaja yang bermusuhan dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan. Antara remaja yang ditahan untuk sesi soal siasat berusia antara 13 hingga 19 tahun.

Sumber: CBR

Pembongkaran lokasi rahsia kota London oleh pengarah Last Christmas.

LAST CHRISTMAS | Dari Pengarah Paul Feig

dan jangan lupa subscribe YouTube ODISI.