Tawar Menawar Macam Beli Barang, Group Tukar Pasangan Umpama Barah Dalam Masyarakat 5

Tawar Menawar Macam Beli Barang, Group Tukar Pasangan Umpama Barah Dalam Masyarakat

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Kewujudan group Facebook tukar pasangan menjijikkan.

Group Facebook berfungsi sebagai medium yang memudahkan pengguna Facebook berkongsi dengan pengguna lain sama ada mengenai minat, aktiviti seharian, tip dan petua dan sebagainya.

BACA: Kongsi Jualan Air Tumpah, Ahli Group ‘Suami Masak Apa Hari Ini’ Tunjuk Semangat Brotherhood

Namun ada yang menyalahgunakan fungsi ini untuk perkara-perkara yang boleh dikatakan sebagai merosakkan masyarakat.

Antaranya ialah group menukar pasangan suami isteri atas dasar suka sama suka. Ini bukan sahaja jelas bertentangan dengan ajaran agama tetapi juga norma kehidupan.

Tawar Menawar Macam Beli Barang, Group Tukar Pasangan Umpama Barah Dalam Masyarakat 1

Dalam satu perkongsian di Twitter, @emrhaqim memberitahu semasa mahu mencari ‘tukar nama’ untuk urusan tukar hak milik Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ).

Namun hasil carian jelas mengejutkan kerana tukar yang keluar adalah ‘tukar pasangan’.

Di dalamnya selain daripada suami yang menawarkan isteri untuk ditukarkan, ada juga isteri orang yang menawarkan diri untuk ditukarkan.

Tawar Menawar Macam Beli Barang, Group Tukar Pasangan Umpama Barah Dalam Masyarakat 4

Proses urusan pertukaran sesama ahli pada awalnya dimulakan di ruangan komen hantaran, sebelum disudahi dengan penawaran di bahagian mesej peribadi (PM).

Tawar menawar seakan melakukan urusan pembelian barang, kewujudan group ini menunjukkan masalah sosial masyarakat kita semakin parah.

Tawar Menawar Macam Beli Barang, Group Tukar Pasangan Umpama Barah Dalam Masyarakat 2

Biarpun suka sama suka, hukum aktiviti tidak bermoral seperti yang dilakukan oleh ahli group Facebook tukar pasangan ini masih haram di sisi agama dan perlu dicegah di segera.

Sebelum ini, kami pernah berkongsikan bahawa ada individu cuba memuaskan nafsu mereka dengan menggunakan pakaian terpakai yang dibeli.

Di dunia ini ada pelbagai jenis fetish. Ada yang minat pada makanan, pakaian dan yang paling biasa dijumpai ialah fetish seks.

Untuk pengetahuan anda, fetish merupakan satu keadaan di mana seseorang itu cenderung untuk meminati atau menyukai sesuatu yang sangat spesifik dengan rangsangan nafsu terhadap objek.

Baca lanjut di: Hati-Hati Kaum Hawa, Ada Individu Cuba Puaskan Nafsu Dengan Pakaian Terpakai Anda