Tawar Harga Terlajak Murah Dalam Pasaran, Netizen Bimbang Ramai Akan Ambil Kesempatan 2

Tawar Harga Terlajak Murah Dalam Pasaran, Netizen Bimbang Ramai Akan Ambil Kesempatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bakal dibuka secara rasmi pada 18 Julai ini (cawangan Bandar Baru Bangi), 10 cawangan Elews Mart milik penceramah bebas, Ebit Lew dikatakan bakal tawar harga barangan termurah dalam pasaran.

BACA: 10 Cawangan Pasar Raya Harga Termurah Di Pasaran Milik Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Hadapan

Barangan yang kebiasaannya dijual dengan harga pasaran kini boleh didapati dengan harga terlajak murah di pasar raya milik beliau.

https://www.facebook.com/ebitlew/posts/3121797761271819?__xts__%5B0%5D=68.ARB3xJ2616-z5aDCQrkD0smBTn8SG85eYxIQ6MPuVvNCUo6Ysp4aW_roDpwJBE6qSrQggi5NYyNUo8KGF5MVbbsD8WIyeCLpaHzjeOH7esdX1hXtW_cPJUgyWVeMAesXaGGdhLr64gjph8heUf-irglvOMPzYg2JPkvaxLxKu3sSsMMtBGBMK1KUviKB_q7-GxhJG4A-6r1unDhI&__tn__=-R

Dibuka dengan hasrat membantu mereka yang kurang berkemampuan membeli barangan keperluan dengan tawar harga terlajak murah, ramai meluahkan kebimbangan akan adanya pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan memborong barangan tanpa memikirkan pelanggan lain.

Bakal dibuka 18 Julai di Bandar Baru Bangi dan 19 Julai di TTDI Grove Kajang, minggu seterusnya akan menyaksikan pembukaan cawangan selebihnya, pembukaan pasar raya ini juga membuka peluang kerja sebanyak 100 kekosongan.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3115671868551075&set=a.121643717953920&type=3&__xts__%5B0%5D=68.ARAEc3X-g6VOMEdvgVWDhbrWPkRy-yX2c18k3IeqqHvJk7Uw5KYEFBLIWQiQAYnuA8IsN4gc9pK1NfHuqWfwoE8NRGvpIpLVfrq4AXm5SxZvuS_eaYsDs1FgXLQRxGof3IzuKaOingiosOM-VFEpoi3rlewTfmfyqgdLeTTUoIza8R7uxVz88mRf-ne1uCkIA01qHpn_6ai29Npy&__tn__=-R

Meluahkan rasa bahagia dapat membantu mereka yang memerlukan berbelanja, Ebit mahu menjadikan bantuan pasar raya tawar harga termurah ini sebagai asbab kebaikan.

Akhir Mac lalu, beliau ada meluahkan hasrat mahu membuka 10 cawangan pasar raya yang menawarkan harga termurah di pasaran bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan.

Antara lokasi Elews Mart:

  1. Bandar Baru Bangi
  2. Kajang
  3. Cyberjaya
  4. Sungai Buloh
  5. Balakong Cheras
  6. Shah Alam
  7. Damansara
  8. Prima Gombak
  9. Gombak Traders
  10. Subang Perdana

Tidak terlepas daripada persoalan mengapa tiba-tiba mahu membuka pasar raya, Ebit Lew menjelaskan ianya adalah salah satu cara untuk beliau membantu golongan susah secara berterusan biar pun sedikit.

10 Cawangan Pasar Raya Harga Termurah Di Pasaran Milik Ebit Lew Akan Dibuka Bulan Hadapan

Sudah memiliki tiga buah restoran Paramount Coffee House dan butik Elews, beliau meluahkan hasrat mahu membantu semua kelompok tanpa mengira bangsa dan agama,bukan sahaja daripada segi mendapatkan harga barangan runcit paling murah dalam pasaran tetapi juga daripada segi tawaran peluang pekerjaan.