Tawar Ganjaran Mewah, China Anjur Program ‘Rog*l Sistematik’ Paksa Wanita Uighur Kahwini Lelaki Han

Sejak beberapa minggu ini, kisah kekejaman kerajaan dan tentera China terhadap etnik Uighur mendapat perhatian dunia.

Semalam media antarabangsa melaporkan kerajaan China mengamalkan prinsip amalan rog0l secara besar-besaran terhadap wanita etnik Uighur dengan menggunakan program ‘Dijodohkan dan Menjadi Keluarga’.

Boikot Olimpik Musim Sejuk 2022 3

Perkara ini terdedah dengan pengakuan seorang pegawai kerajaan China semasa temu bual bersama Radio Free Asia yang menyatakan bahawa program tersebut adalah bagi mempromosikan perpaduan etnik, membincangkan mengenai kehidupan dan membawa idea baru bagi mewujudkan perasaan antara satu sama lain.

Lelaki etnik Han diarahkan untuk mengawasi rumah wanita Uighur yang suaminya ditahan pihak berkuasa. Malah awal Disember lalu, media turut melaporkan mereka diarah untuk tinggal dan tidur sekatil.

Hakikatnya ia adalah amalan ‘rog0l sistematik’ yang dilaksanakan kerajaan bagi menghapuskan identiti etnik Uighur dengan penawaran wang, rumah dan pekerjaan kepada lelaki etnik Han yang sanggup.

Ozil Selar Kekejaman Kepada Etnik Uighur 2

Wanita Uighur tidak dibenarkan untuk membuat pilihan bagi menolak ‘perkahwinan’ tersebut kerana akan dianggap sebagai pelampau Islam kerana enggan mengahwini ateis Han, malah amalan tersebut sudah dianggap sebagai ‘normal’.

Perkara ini sebenarnya sudah berlanjutan sejak lama dahulu dan baru disedari media setahun yang lalu. Kerajaan China melakukan pembohongan bahawa pegawai yang bertugas akan tidur dalam jarak satu meter dari wanita Uighur dan tidak akan mengambil kesempatan terhadap mereka. Namun ianya terbongkar selepas ramai wanita Uighur didapati hamil.

Sumber: Harian Metro, The Sun