
Tawar Gaji RM1,400 Untuk Jawatan Jurutera, OT Wajib 4 Jam Sehari, Majikan Ini Dipantau Pejabat Buruh
Isu dibayar gaji yang tidak setimpal bukanlah suatu isu yang baharu lagi.
BACA: Gaji Pekerja Di Malaysia Terlalu Rendah – Bank Negara
Baru-baru ini seorang majikan dikecam teruk di laman Twitter selepas menyiarkan tawaran pekerjaan mencari jurutera.
Yang menjadi isunya ialah gaji yang ditawarkan iaitu sebanyak RM1,400 dengan mewajibkan kerja lebih masa selama empat jam sehari.
Menurut sumber daripada Twitter @hazman92_, ada individu yang tampil ‘membela’ nasib mereka yang bakal ditindas dengan membawa kes majikan berkenaan ke pejabat buruh.
Melanggar had bekerja melebihi 48 jam seminggu, syarikat berkenaan kini sudah berada di bawah pemantauan Pejabat Buruh yang mana sekiranya sudah ditawarkan dan ianya ada dalam surat tawaran jawatan, majikan berkenaan boleh dikenakan tindakan.
BACA: Timbul Rasa Tiada Keinginan Bekerja? Anda Mungkin Alami Masalah ‘Burnout’
Sudah menyunting iklan berkenaan, ramai yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap syarat majikan berkenaan.
Majikan yang mengambil kesempatan.
Namun ini respon beliau.
Yang masih tak tahu mengenai Akta Buruh 1955 pada artikel ini: Balik ‘On Time’ Dikira Berdosa? Ini Realiti Hitam Budaya Kerja Di Malaysia
Sumber: @eryazmi, @hazman92_, LinkedIn
Trending now



