
Tasik Chini: Dulu vs Sekarang
Tasik Chini: Dulu vs Sekarang
Tasik Chini merupakan salah satu daripada 12 buah tasik yang berdekatan dengan Sungai Pahang di tengah negeri Pahang, Malaysia.
BACA: Menjadi Bekas Lombong Paling Dalam Di Dunia, Ini Fakta Tasik The Mines Yang Jarang Diketahui
Ia merupakan tasik semula jadi kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera dan juga merupakan dua kawasan di Malaysia yang diberikan pengiktirafan Rizab Biosfera UNESCO dalam rancangan Manusia dan Biosfera selain daripada Banjaran Crocker yang berada di Sabah.
Dengan keluasan 4,498 hektar, Tasik Chini diwartakan sebagai satu hutan simpanan kekal oleh Kerajaan Negeri Pahang pada 13 Mac 2019.
Namun keadaan Tasik Chini dulu vs sekarang yang berlegar di media sosial sejak dari minggu lalu amat menyedihkan.
Gambar perkongsian daripada Facebook Persatuan Aktivis Sahabat Alam – KUASA mengenai keadaan terkini Tasik Chini yang diambil dari satelit pada 30 Mei dan 4 Jun lalu berpendapat terdapatnya aktiviti perlombongan dilakukan di kawasan selatan tasik.
Menurut KUASA, biarpun sudah ada pewartaan kawasan rizab Tasik Chini sebagai Hutan Simpanan Kekal namun ianya tidak merangkumi keseluruhan kawasan rizab tasik, khusunya di utara, selatan dan barat.
Meskipun kualiti air tidak tercemar dan bersih, namun ekosistem tasik ini berisiko untuk terganggu susulan daripada aktiviti yang dilaksanakan di sana.
Dalam satu kenyataan, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang memaklumkan dakwaan berlaku aktiviti perlombongan di kawasan rizab hutan simpan tersebut adalah tidak benar.
“Sebanyak 14 lesen dikeluarkan di kawasan terbabit sebelum pewartaan dibuat pada 2019, dan tiada lesen baharu dikeluarkan.
Daripada 14 kawasan perlombongan ini, hanya tinggal dua yang masih beroperasi.
“Satu lesen akan tamat pada hujung bulan ini, manakala satu lagi akan tamat pada hujung tahun ini.”
Keadaan terkini Tasik Chini yang tular di media sosial ini mendapat perhatian Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menitahkan supaya status Tasik Chini sebagai Tapak Biosfera UNESCO dipertahankan.
Baginda juga menyeru supaya semua pihak sentiasa mengamalkan prinsip, alam sekitar, sosial dan urus tadbir yang baik supaya khazanah alam hari ini akan terus kekal dan dapat dinikmati generasi akan datang.
Sumber:
Trending now



