
Taron Egerton Bakal Ganti Hugh Jackman Pegang Watak Wolverine?
Penulis buku komik, Mark Millar menjangkakan bintang Kingsman, Taron Egerton bakal menggantikan legasi watak Wolverine yang sebelum ini dipegang oleh Hugh Jackman.
Tidak lama selepas Hugh Jackman melakukan kemunculan terakhir dalam filem Wolverine sebagai Logan, ramai yang berteka-teki siapakah yang akan menggantikan watak Wolverine yang baharu.
Ramai juga yang menamakan Taron Egerton sebagai calon, namun beliau sendiri menolak dan mengatakan bahawa berita tersebut adalah tidak berasas.
Walau bagaimanapun, ramai yang menjangkakan ianya bakal menjadi realiti selepas melihat ramalan Mark Millar pada suatu ketika dahulu meramalkan mengenai MCU pada tahun 2002.
From 2002. Always remember I'm never wrong. PS Taron Egerton will be the next Wolverine 🙂 https://t.co/6OtsLbnWqu
— Millarworld (@mrmarkmillar) July 15, 2019
Memberikan respon kepada perkara tersebut, Mark Millar memberitahu bahawa beliau tidak pernah salah dan mengisytiharkan Taron Egerton sebagai pengganti Wolverine selepas Hugh Jackman.
Marvel Studios kini memegang hak untuk filem Wolverine dan X-Men setelah berlakunya pengambilalihan Disney dari 21st Century Fox dan dijangka akan me-reboot semula francais tersebut.
Sumber: Heroic Hollywood