Tarikh Tayangan ‘Fast & Furious 9’ Ditunda Setahun Ekoran Wabak Covid-19

Fast & Furious 9 Tunda Setahun

Universal Studios baru sahaja mengumumkan bahawa tarikh tayangan bagi filem ‘Fast & Furious 9’ yang dijadualkan pada 21 Mei tahun ini ditunda ekoran penularan wabak Covid-19 yang melanda di kebanyakan negara.

Kata pihak produksi, Fast & Furious 9 ditunda setahun dan dijangka akan ditayangkan pada April 2021, yang mana sepatutnya filem ke 10 francais ini ditanyangkan.

Dunia kini sedang melanda penularan wabak Covid-19 yang sudah pun diisytihar pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Dunai (WHO), dan ia memberi impak besar kepada industri hiburan ketika ini.

Antara barisan pelakon yang membintangi Fast & Furious 9 ini termasuklah Vin Diesel, Michelle Rodriguez, John Cena, Tyrese Gibson, Jordana Brewster, Charlize Theron, Cardi B, Ludacris, Helen Mirren, Nathalie Emmanual dan Sung Kang.

Fast & Furious 9 Ditunda Setahun

Selepas kematian Paul Walker yang memegang watak Brian O’Conner, watak Mia (kekasih Brian) dilihat seperti tidak akan kempali selepas tidak ‘memunculkan’ diri pada filem kelapan, namun siri filem kesembilan ini mengubah segalanya.

Watak Han yang terkorban ketika siri Fast and Furious: Tokyo Drift juga kembali dalam siri ini seperti yang dijanjikan oleh penulis Fast Furious, Chris Mogan Ogos lalu.

Pelbagai acara hiburan seperti SXSW, E3, CinemaCon, dan ACE Comic Con telah dibatalkan atas kebimbangan mengenai penyebaran wabak ini oleh orang ramai.

Begitu juga beberapa filem yang sepatutnya dilancarkan pada tahun ini ditunda dan ada juga yang berada di hujung tanduk menunggu nasib kewajaran untuk meneruskan pelancaran filem.