
AME2019: ‘Tarik Diri Bukan Gimik Murahan’ – Neelofa, Nabil
Bahang Anugerah MeleTOP Era 2019 (AME2019) kian terasa apabila para artis yang tercalon sudah sibuk ‘melobi’ diri kepada peminat bagi mendapatkan undi.
Namun berbeza halnya bagi pasangan pengacara MeleTOP iaitu Nabil dan Neelofa kerana mengumumkan keputusan mereka untuk menarik diri daripada setiap pencalonan yang diterima.
BACA: Neelofa Kongsi Amalan Doa Menjemput Rezeki Tidak Putus
Keputusan tersebut dibuat setelah berbincang dengan pihak stesen televisyen dan pengurusan kerana mahu memberi ruang kepada selebriti lain meraih anugerah dalam acara tersebut bukanlah gimik murahan.
Neelofa pernah mencetuskan kontrovesi pada AME2018 kerana menyapu bersih tiga kategori iaitu Drama MeleTOP (Red Velvet), Pelakon TV MeleTOP dan Fesyen MeleTOP sekaligus dinobatkan sebagai TOP TOP MeleTOP Wanita.

Sudah bersama MeleTOP dari tahun 2012 lagi, netizen menyelar pihak pengurusan kerana merasakan kemenangan Neelofa pada AME2018 adalah sekadar bertujuan untuk menjaga hati beliau.
Walaupun sudah menarik diri, Nabil dan Neelofa masih lagi menjadi pengacara AME2019 bersama Jihan Muse pada acara yang akan berlangsung pada 21 April ini.
Para peminat juga boleh mengundi artis kegemaran mereka menerusi laman web rasmi AME2019 ataupun kiriman SMS bermula 19 Mac (6 petang) hingga 21 April (12 tengah hari).
Neelofa dianggap sebagai salah seorang selebriti yang paling berjaya walaupun berdepan dengan pelbagai kecaman daripada netizen.
Terpilih sebagai penghias majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli pernigaaan berpengaruh seluruh dunia, Neelofa yang juga merupakan juara Dewi Remaja 2009/2010 pernah menampilkan 98% kehidupan sebenarnya di sebah program realiti atas talian, #FollowLofa yang diterbitkan oleh Hurr.TV pada April 2017.
Sumber: Astro Awani