
Target Bantu Golongan Mat Motor, Syed Saddiq Mahu Bawa Go-Jek Ke Malaysia
Selaku Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq berhasrat mahu memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Go-Jek di Malaysia.
Hasrat tersebut demi memastikan golongan mat motor di negara ini diberi peluang untuk mendapatkan pekerjaan demi kelangsungan hidup.
Go-Jek adalah syarikat rangkaian pengangkutan dan permulaan logistik yang berpusat di Jakarta, Indonesia. Perkhidmatannya boleh digunakan menggunakan aplikasi yang dibangunkan.
Beliau berkata, telah membawa usul tersebut bersama Pengasas Go-Jek untuk berbincang dengan Tun Dr Mahathir dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan idea itu telah disambut baik.
“Saya telah berbincang bersama Menteri Pengangkutan, dan perkara ini akan dibawa pada mesyuarat kabinet akan datang.
“Pastinya kami mengharapkan keputusan optimum hasil dari mesyuarat itu nanti,” katanya.
Golongan mat motor mahukan pekerjaan & pembelaan,
Bukan sahaja program one-off/Litar.Mereka wajib dibela. Jangan perlekehkan sumbangan mereka kepada negara.
Alhamdulillah, berita baik selepas perjumpaan dengan Tun M & Minister Anthony. Let’s work even harder.#Gojek#Matmotor pic.twitter.com/VtnrDtlQy4
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) August 19, 2019
Kaji selidik atas talian itu mendapat pelbagai reaksi netizen dan lebih 80 peratus bersetuju perkhidmatan berkenaan diperkenalkan dan tidak kurang juga ada yang tidak bersetuju atas faktor keselamatan.
Setakat ini, Go-Jek telah memperkenalkan perkhidmatan mereka di luar Indonesia iaitu di Vietnam, Thailand dan Singapura.
Sebelum ini, bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan membanteras perkhidmatan teksi motosikal atas alasan ia mengundang risiko kemalangan lebih tinggi.

Kemudian disokong Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, yang turut dilaporkan tidak mempunyai perancangan memperkenalkan perkhidmatan menunggang motosikal di negara ini.
Perkhidmatan yang seakan sama seperti Go-Jek iaitu DegoRide pernah diwujudkan di Malaysia sebelum diharamkan oleh pihak kerajaan. Apa pun, kita tunggu sahaja susulan seterusnya.
Sumber: Berita Harian