
Tapak Pelupusan Tayar Terbesar Dunia Terbakar, Asap Hitam Tebal Terlihat Dari Jarak Beratus KM
Tahukah anda, tapak pelupusan tayar terbesar di dunia terletak di wilayah Sulaibiya, Kuwait?
BACA: Arkeologi Temui Tapak Ritual Korban Kanak-Kanak Terbesar Dunia Dalam Peradaban Chimu
Dengan keluasan 2.4 hektar, empat syarikat yang bertanggungjawab mengendalikannya dipercayai menjana pendapatan lumayan hasil daripada pembayaran pelupusan.

Saban tahun, lubang gergasi digali di padang pasir dan akan dipenuhi dengan tayar-tayar lama.

Namun baru-baru ini, tapak itu terlibat dalam kebakaran dengan kepulan asap hitam tebal boleh dilihat menerusi rakaman satelit.

Sebagai bahan mudah terbakar, tidak hairanlah jika kebakaran boleh berlaku. Ditambah pula dengan suhu panas ekstrem mampu mencapai 50 darjah Celcius di Kuwait.

Susulan itu, ada pihak yang mempersoalkan tindakan mengapa tapak berkenaan masih ‘menyimpan’ lambakan hampir 52 juta dengan berat lebih 30 tan itu.
Peka dengan isu yang timbul, kerajaan Kuwait akhirnya mula bertindak dengan membuang tayar tersebut di beberapa lokasi di negara berkenaan.
Malah mereka juga bercadang untuk membuang 95% tayar untuk proses kitar semula sekaligus mengosongkan tapak bagi membangunkan kawasan perumahan.
Sebelum ini, sudah beberapa kali kejadian kebakaran berlaku di tapak pelupusan tayar terbesar dunia ini.
فرق الإطفاء انتهت من إخماد حريق موقع تخزين الإطارات بمنطقة الشقايا pic.twitter.com/PFbqex1W1L
— قوة الإطفاء العام (@kff_kw) October 16, 2020
Tahukah anda, di Teluk Mexico adanya lautan api gara-gara saluran paip minyak bawah laut terbakar dan meletup?
Syarikat pengeluar minyak di situ, Pemex mengatakan ia berpunca daripada kebocoran gas yang berlaku pada saluran paip bawah laut.
Mujur, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan kebakaran itu berjaya dipadamkan kira-kira lima jam kemudian dengan menggunakan nitrogen.
Baca lanjut di: Digelar ‘Pintu Neraka’, Kawah Api Gergasi Angkara Manusia Ini Masih Belum Padam Sejak 50 Tahun