Kedai Makan

Tanpa Kos & Masih Efektif! Ini Cara Paling Mudah Buat ‘Marketing’ Untuk Kedai Makan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang usahawan F&B terkemuka, Mohd Nazri Md Akim yang bertanggungjawab di sebalik kejayaan jenama popular seperti Chicken Royale dan Karnivor Malaya telah membuat satu perkongsian ilmu di laman Facebooknya berikut yang ditujukan khas buat usahawan kedai makan yang masih ‘struggle’.

Tahukah anda, hanya dengan rajin membuat ‘posting’ menarik di media sosial, bisnes kedai makan anda insya-Allah akan berjaya menerima kunjungan ramai pelanggan?

Lebih menarik, anda sebenarnya tidak perlu mengeluarkan sebarang kos pun!

Nak tahu caranya? Ikuti hantaran yang dibuat oleh beliau berikut untuk mengetahui rahsia-rahsianya. Jom!

Kedai Makan

Banyak kedai makan TUTUP sekarang ni (saya nak kongsi TIPS marketing)

1) Sayu hati saya, saya tak suka tengok orang tutup bisnes… sebab saya dah banyak kali alami… tak best.

2) Berdasarkan pengalaman saya dulu dan sekarang, saya faham beberapa benda tentang kenapa bisnes struggle.

3) Pandangan saya la kan.. 90% bisnes yang struggle pasal tak cukup jualan untuk tampung operasi pada tempoh yang lama.

4) Saya percaya 100% flow penjualan bermula dengan marketing… tapi saya faham… dah duit takder,  nak spend marketing camner kan.

5) Meh saya share tips FREE MARKETING untuk korang.

6) Saya buat digital marketing lama dah…. dan ada aspek yang free sampai sekarang dan masih relevan…macam ni caranya.

7) Buat page akaun Facebook. Amalkan posting 5 kali sehari.

– pukul 8 untuk bagi orang ingat kita
– pukul 10 buat orang plan untuk lunch
– pukul 12 untuk terus orang gi lunch
– pukul 4 untuk orang prepare dinner
– pukul 7 supaya orang decide dinner kat restoran kita

8) Amik gambar cantik yang merangsang nafsu makan orang… jangan amik gambar syok sendiri ..Guna gambar CANTIK untuk buat posting.
(MAYBE esok saya buat posting teknikal cara amik gambar…kalau rajin la)

9) Buat akaun Instagram, post 5 kali sehari .. konsep sama.

10) Posting IG dan FB kena berbeza. Tak boleh sama. Meaning kena siapkan sepuluh posting sehari.

11) Buat akaun TikTok dan post video makan dua kali sehari.

12) Buat akaun Google My Business dan buat satu posting photo sehari.

13) Buat akaun Twitter buat 3 posting sehari.

14) Buat akaun YouTube dan upload 2 YT Short sehari.

15) Balik ke IG dan FB post at least satu Reel sehari… boleh guna content TikTok.

16) Total ada 19 Posting sehari …. Takyah fikir yang lain dulu… tak yah fikir yang kena bayar dulu… buat yang free ni.

17) Phone ada camera ada kat tangan awak kan … kalau takder, camner leh baca posting ni kan…., so gi register kat semua platform, amik gambar dan post.. takder kos selain kos internet dan elektrik.

18) Penat nak buat sampai 19 sehari? Takder masa??
Macam ni… sehari ada 24 jam… 6 jam tido + 2 jam makan + 1 jam solat …
ada 15 jam balance , 8 jam fokus la hal operasi… 5 jam untuk family/diri sendiri… ada baki dua jam untuk awak buat marketing.

19) Alasan tidak pernah menghasilkan keputusan, hanya tindakan 🤣🤣🤣

20) Saya menulis pengalaman bisnes sebagai perkongsian untuk usahawan lain. Kalau bermanfaat , mohon bantu saya grow page ni dengan SHARE, FOLLOW dan KOMEN supaya lebih ramai dapat manfaat.

Semoga berjaya 😬😬

P/s – saya build TikTok dari 0 follower ke 1.3 juta follower tanpa keluar modal ads… hanya shoot dan post… purely organic dan 28% customer saya datang dari TikTok.

Ye betul saya ada team tolong handle tapi sebelum ada team, sambil saya merenung nasib ayam tak laku kat tepi longkang (zaman bisnes saya tak laku)… saya shoot gambar ayam tak laku, edit dan post… itu saya buat… dah habis share semua rahsia ni… hhehhehe…..Jom Buat…..oh ya gambar tiada kaitan dengan topik….

‎هَٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي

BACA: 3 Strategi Pemasaran Paling Efektif Untuk Kekal Relevan Bagi Tahun 2023

Sumber: Mohd Nazri Md Akim