
Tanpa Filem Baharu, ‘Upin & Ipin’ Masih Mampu Kutip Lebih RM70 Juta!
Saluran YouTube Les’ Copaque yang menyajikan video-video siri animasi Upin & Ipin dilaporkan muncul sebagai saluran yang berjaya menjana pendapatan tertinggi di negara ini.
Menurut laporan wartawan Nur Huda Musa dari KOSMO! ONLINE, senarai yang diterbitkan oleh CashNetUSA itu menyatakan saluran tersebut telah menerima pendapatan sebanyak $16.73 juta (RM71 juta) setakat ini.
Ini sekali gus menjadikan Les’ Copaque, syarikat animasi tempatan yang ditubuhkan pada bulan Disember 2005 antara lima saluran paling menguntungkan di Asia Pasifik.
Selain Upin & Ipin, rancangan kanak-kanak Didi & Friends juga dilaporkan turut berjaya menjana pendapatan lumayan iaitu $10.56 juta (RM45 juta) setakat ini.
Berdasarkan laporan Saving Spot, ketika ini saluran YouTube paling menguntungkan adalah kandungan yang menyasarkan golongan kanak-kanak.
BACA: Rakyat Malaysia Diminta ‘Report’ Kepada YouTube Jika Terlihat Video Tidak Bermoral Upin & Ipin
Sumber: KOSMO! ONLINE
Trending now



