
Tanggung Dosa Anak Dan Isteri Merupakan Mitos Paling Besar Sekali
Terdapat satu persoalan yang dibangkitkan oleh warga Twitter tentang kebenaran seseorang yang telah meninggal dunia menanggung dosa orang lain.
Pengguna akaun eLDee__ bertanya mengenai betulkah jikalau anak yang sudah baligh membuat perlakuan dosa, maka ibu bapanya yang telah meninggal dunia akan terseksa di alam kubur disebabkan oleh dosa anaknya itu.
Betulke kalau anak(da baligh) buat dosa lepastu nanti parents yang dah meninggal tu terseksa dalam kubur sebab dosa anak and betulke kalau kita sedih dengan pemergian orang nnti dia terseksa juga🥺
— omodoraemon🐼🍁 (@eLDee__) November 9, 2021
Jawapan ini dibalas oleh pengguna akaun addien90s yang menyatakan bahawa sangkaan tersebut merupakan mitos semata-mata.
Tanggung dosa anak isteri ni mitos paling besar sekali. Seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Semua orang bertanggungjawab atas dosa masing-masing. Ini prinsip asas dalam agama. Allah kata:
ولا تزر وازرة وزر أخرى
Seseorang itu tidak memikul dosa orang lain. [Fatir:18] https://t.co/s1pZ8zRuPK— addien90 (@addien90s) November 14, 2021
Ikuti sambungan petikannya di bawah ini.
Menanggung dosa anak dan isteri ini merupakan mitos paling besar sekali. Seseorang tidak menanggung dosa orang lain. Semua orang bertanggungjawab atas dosa masing-masing. Ini prinsip asas dalam agama. Allah berfirman:
ولا تزر وازرة وزر أخرى
Seseorang itu tidak memikul dosa orang lain. [Fatir:18]
Ayah atau suami bukan menanggung dosa anak isteri tetapi berdosa jika mengabaikan amanah menjaga, mendidik dan menegur mereka. Allah berfirman:
يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم نار
Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka. [al-Tahrim:6]
Kerana lelaki adalah ketua keluarga maka pemimpin akan dipersoalkan terhadap mereka yang dipimpinnya. Nabi bersabda:
والرجل راع على أهل بيته وهو مسئول عنهم
“Lelaki pemimpin keluarganya dan dia akan disoal tentang keluarganya.” [Riwayat al-Bukhari]
Jika sudah dijaga baik, diajar, ditegur maka ketua keluarga sudah menjalankan tanggungjawabnya. Dosa ahli keluarga itu ditanggung diri masing-masing.
Sangat tak masuk akal dan tak adil, sebelum kahwin, ayah tanggung dosa. Lepas kahwin, suami tanggung dosa? Ini bukan ajaran Islam.
Wujud ke tanggung dosa orang lain? Ada, dan semua orang berpotensi melakukannya. Dalam hadis riwayat Muslim, Nabi sebut orang yang menuduh palsu/fitnah, mencaci maki, makan harta orang, menumpahkan darah. Mereka ini orang yang Muflis di akhirat sebab tanggung dosa orang yang mereka aniaya.
Juga bagi orang yang memulakan dan mengajak buat jahat, dia akan pikul dosa setiap orang yang ikut kejahatan itu. Nabi bersabda:
ومن دعا إلى ضلالة، كان عليه من الإثم مثل آثام من تبعه، لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا
Sesiapa mengajak kearah kejahatan, maka dia juga mendapat dosa, dia juga mendapat dosa orang yang mengikutinya tanpa dikurangkan dosanya sedikitpun. [Riwayat Muslim]
Bahasa mudahnya dosa jariah atau dosa kering. Mengata orang/spill tea, ajak bash orang, korek aib orang, di Twitter ni je dah banyak kumpul dosa kering, tak payah pergi jauh.
BACA: Jual Tiket Hapus Dosa, ‘Syeikh’ Indonesia Ini Dakwa Mampu Bawa Pengikutnya Terus Ke Syurga
Sumber: addien90