Foto Editor

Tangguhkan Dulu Dan Tak Perlu Terburu-Buru, Ikuti Tip Berguna Dan Menjimatkan Ini Kalau Bercita-Cita Nak Beli Kereta Mewah

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Bagi mereka yang mampu dan teringin untuk memiliki kereta mewah satu hari nanti, bolehlah cuba gunakan kaedah yang diajarkan oleh Mohd Shukur ini.

Menurut beliau, perkongsiannya di Facebook tersebut setakat ini telah mendapat lebih dari 1500 ‘shares’ dari pelbagai golongan termasuk pekerja swasta, kakitangan kerajaan, usahawan mahupun Ahli Parlimen!

Selain itu juga, beliau turut menawarkan sesi coaching personal (untuk mereka yang berumur 45 tahun ke bawah) dalam bentuk kumpulan kecil secara PERCUMA!

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk di laman Facebook beliau, ya?

Jom ikuti tip berguna yang diberikan beliau.

Foto FB Mohd Shukur
– Foto FB Mohd Shukur

BALASAN KEPADA ORANG YANG “MENANGGUHKAN KEPUASAN” DENGAN TIDAK MEMBELI KERETA MEWAH SEKARANG.

Sewaktu muda, saya pernah bekerja di Bolton Finance Berhad (kemudiannya telah diambil alih oleh sebuah bank) dan saya mengendalikan “Hire Purchase”, banyak kenangan mengajar saya. Dahulu semuanya kira manual guna calculator. Terima kasih Bolton Finance yang pernah mengajar saya secara real.

BACA: Pinjaman Kereta Punca Individu Gaji Tinggi Jadi Miskin Bandar – Bekas Menteri Kewangan

Katakan kau membeli kereta mewah sekarang dengan harga/loan 300K (saya genapkan kepada ‘000 yang hampir). Jika loan 9 tahun dan interest 3%, ansuran bulanan kereta itu ialah RM3,528 dan jumlah kau bayar selama 9 tahun (108 bulan) ialah RM 381K.

Susut nilai 2 tahun pertama menjadikan kereta itu bernilai RM210,000 pada Januari 2024 (jika beli tahun 2022).

Baki hutang kau masih ada RM296,352 dan jika kau terdesak ingin menjualnya, kau terpaksalah top-up tunai RM86,352.

Sekarang kita lihat pula jika kau “menangguhkan kepuasan” dan menyimpan bajet RM3,528 tu dengan compounding 5% sahaja. Dalam tempoh 108 bulan, jumlah simpanan kau jadi RM481,960.

Kau kini adalah “Semi-Millionaire”.

Pengalaman saya, setelah habis bayar (juga sebelum), sebahagian orang tersebut akan tergoda lagi ambil kereta baru dan mula kembali hutang baru. So, jika kau bertahan lagi setelah jadi semi-millionaire, dalam tempoh 108 bulan lagi (108 + 108 = 216 bulan) dengan compounding 5%, jumlah komitment RM3,528 akan jadi RM1,237,118 dan kau sudah terlajak MILLIONAIRE.

Setelah 10 tahun, kereta yang kawan kau beli itu bernilai 10% sahaja iaitu RM30,000 sahaja. Kau beli sahaja kereta dia atau yang sama dengan jentik sahaja 30K dari total saving kau RM1,237,118 dan masih berbaki RM1,207,118 dan dapat dah kereta tu, sedangkan kawan kau sudah kehilangan keretanya dan hanya dapat duit RM30K dari jualan itu.

Ehh…tapi kau ada savings RM1.2M tu, apa barang pulak beli kereta 2nd dah 10 tahun harga 30K tu kan?

So, kau belilah model yang latest tapi 2nd dua tahun yang depreciated 30% harga RM210,000.

Bayar cash pun masih ada baki RM1,017,118 setelah tolak RM210K tunai.

Kau masih lagi MILLIONAIRE.

Foto FB Mohd Shukur
– Foto FB Mohd Shukur

BACA: Pengajaran Buat Peminjam Lain, Wanita Ini Kongsi Bagaimana Hutang PTPTN 1 Sen Boleh Jadi RM515 Lepas 6 Tahun

Sumber: Mohd Shukur