Tandas Awam Lutsinar Di Tokyo Tidak Beri Privasi Kepada Pengguna ‘Lepas Hajat’ 2

Tandas Awam Lutsinar Di Tokyo Tidak Beri Privasi Kepada Pengguna ‘Lepas Hajat’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahukah anda, di Tokyo terdapatnya tandas awam yang direka khas dengan menggunakan cermin lut sinar?

BACA: Berhenti Guna Tandas Sejak 46 Tahun Lalu, Lelaki Ini Lebih Rela ‘Membuang’ Di Kawasan Terbuka

Sudah mula dibuka kepada umum minggu ini, tandas yang direka lain daripada lain ini dianggap sebagai salah satu tarikan pelancongan baharu di Tokyo.

Tandas yang dibina arkitek Jepun ini adalah bertujuan untuk pembaharuan dengan menggunakan warna-warna menarik dan teknologi baharu bagi menjadikan tandas awam lebih menarik untuk digunakan.

Tandas Awam Lutsinar Di Tokyo Tidak Beri Privasi Kepada Pengguna ‘Lepas Hajat’ 1
Sumber: NPR

Mengunjungi tandas awam di kawasan taman, ada dua perkara yang sering merisaukan pengguna, iaitu tahap kebersihan dan sama ada sedang digunakan atau pun tidak. Jadi dengan penghasilan tandas awam lutsinar ini, orang ramai boleh melihat kedua-dua aspek ini sebelum memilih untuk menggunakannya.

Mungkin anda risau tandas ini tidak memberikan penggunanya privasi untuk melepaskan hajat, kan?

Jangan risau, dengan teknologi yang ada, cermin lutsinar akan menjadi gelap; bermakna anda boleh menyelesaikan hajat anda tanpa risau diperhatikan orang ramai yang berada di kawasan tersebut.

Tandas Awam Lutsinar Di Tokyo Tidak Beri Privasi Kepada Pengguna ‘Lepas Hajat’
Sumber: NPR

Yang menariknya, pada waktu malam dan keadaan gelap, tandas akan memancarkan cahaya menjadikan ia lebih kelihatan menarik untuk digunakan.

Terdahulu, seorang lelaki Jepun mendedahkan beliau sudah berhenti menggunakan tandas sejak 46 tahun lalu kerana cintakan alam sekitar.

Sumber: NPR