Michelle Yeoh

Tan Sri Michelle Yeoh Kebanggaan Negara – Tak Kisah Pun ‘Speaking’ Bunyi ‘Manglish’

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tahniah diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh kerana sekali lagi berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Sementara negara jiran kita Thailand dan Indonesia berbangga dengan bintang Hollywood seni mempertahankan diri mereka seperti Tony Jaa, Iko Uwais, Yayan Ruhian dan Joe Taslim, kita pula boleh berbangga dengan Tan Sri Michelle Yeoh!

Pencapaian cemerlang beliau yang berjaya merangkul trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem Muzikal atau Komedi di anugerah berprestij Golden Globe itu juga sudah semestinya tidak dapat ditandingi lagi buat masa ini oleh mana-mana pelakon wanita lain di rantau ini.

Di media sosial, rata-rata rakyat Malaysia turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada beliau termasuk utusan tahniah dari Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden dan pengasas Medical Mythbusters Malaysia, Dr. Ahmad Firdaus di Facebooknya berikut turut menzahirkan rasa bangga dan berkongsi beberapa fakta menarik mengenai peribadi Tan Sri Michelle Yeoh yang selama ini mungkin kita tidak sedar atau perasan pun. Memang respeklah!

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh! Boleh rebut anugerah Oscar pula lepas ni!

Michelle Yeoh

Korang pernah tonton tak filem lakonan Tan Sri Dato Michelle Yeoh?

Perasan tak filem lakonannya dalam Bahasa Inggeris, semuanya ada bunyi Manglish. Dia tak kisah pun nak bunyi macam Mat Salleh – tak perlu pun nak British atau American accent.

Hentam saja bunyi Manglish walaupun berlakon dalam filem James Bond. She’s Malaysian and proud of it. Not only Malaysian but Ipoh Mali!

Beliau juga proud to be her age. Tak payah pun nak pura-pura muda. Dah 60 tahun pun umurnya. Walaupun berumur 60 tahun, beliau masih mampu buat stunts sendiri. Tengok sahaja aksi Wushu beliau dalam Everything Everywhere All At Once. Siap boleh ber-kung fu dengan Raccacoonie!

Takde pun pernah dia cakap “Jangan excercise banyak sangat nanti rahim jatuh, badan pun lendut nanti” macam sesetengah penjual jamu yang baru berumur 40 tahun tapi dah tak mampu berlari.

Really proud of our first and only Golden Globe Award Winner.

BACA: Asal Usul Konsep ‘Multiverse’ Dalam Dunia Sains

Sumber: Ahmad Firdaus