
Tampil Dengan Dekorasi Unik Dan Moden, Ini Wajah Baru Pustaka KL@TTDI Selepas 2 Tahun
Selepas dua tahun ditutup untuk proses penambahbaikan, perpustakaan awam di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) iaitu Pustaka@KL TTDI kembali dibuka dengan ruangan yang lebih banyak dan dekorasi yang lebih menarik, terutamanya untuk golongan kanak-kanak.
Kembali dengan persekitaran yang lebih moden dan kondusif, perpustakaan ini bukan sahaja menyediakan ruangan untuk kanak-kanak membaca, malah turut disediakan ruang perbincangan yang luas, bilik permainan e-sukan, pusat internet dan bilik tayangan bagi membolehkan kanak-kanak tampil dengan lebih imaginatif serta kreatif.
Dekorasi dinding dengan warna yang terang dan ceria turut dihiasi dengan hasil lukisan pelukis tempatan berbakat iaitu Arif Rafhan Othman turut menjadikan ruangan dalam perpustakaan lebih berseri.
https://www.instagram.com/p/B2qrmjMBdzI/
Bagi menambahkan lagi keselesaan pengunjung, perabot turut disesuaikan mengikut bahagian sebagai contoh sofa dan beanbags di bilik tayangan.
Untuk anda yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, bolehlah mengunjungi perpustakaan awam di Pustaka KL@TTDI kerana persekitarannya yang kondusif membolehkan mereka menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti berfaedah dan bersosial dengan cara yang lebih positif.
Waktu operasi:
Isnin: 2 petang – 6.45 petang
Selasa hingga Jumaat: 10 pagi hingga 6.45 petang
Sabtu dan Ahad: 10 pagi hingga 5 petang
Cuti umum dan hujung minggu pertama setiap bulan: TUTUP
Untuk makluman lanjut, anda bolehlah lawati laman media sosial rasmi Perpustakaan Kuala Lumpur di Facebook atau pun Instagram.
Jom saksikan Rambo: Last Blood di pawagam berdekatan sekarang!
https://www.instagram.com/p/B2VN0XoB7tS/