Tampar Budak MPH

Tampar Budak, Pengawal Keselamatan MPH Digantung Tugas

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Seorang pengawal keselamatan kedai buku MPH digantung dari bertugas akibat menampar seorang remaja lelaki selepas menuduhnya mencuri sebuah komik. Tindakan itu dimuat naik di laman Facebook rasmi MPH Bookstores.

https://www.facebook.com/mphclick/posts/10156759806476253

 

Kejadian yang berlaku pada 24 Mac (Ahad) di MPH NU Sentral bermula apabila mangsa ditahan oleh pengawal keselamatan kedai buku MPH dan memeriksa beg remaja berusia 13 tahun itu sebelum menjumpai sebuah komik tanpa resit.

Menuduh remaja tersebut mencuri, remaja berkenaan kemudiannya ditarik dari belakang baju dan dibawa ke bilik siasatan tanpa diberi peluang membela diri.

Mendakwa ditampar dua kali oleh pengawal keselamatan dalam usia 20-an, remaja tersebut dibenarkan keluar selepas mereka mendapati terdapat pelekat di belakang buku yang menandakan komik tersebut sudah dibeli.

 

Tampar Budak MPH

 

Turut memberi amaran kepada remaja terbabit supaya tidak memberitahu ibu bapanya tentang kejadian tersebut, ibu mangsa yang berang dengan tindakan pengawal keselamatan itu bertemu dan menuntut penjelasan daripadanya.

 

Tampar Budak MPH

 

“Anak saya telefon saya dan suruh saya tunggu di pintu masuk kedai. Kemudiannya saya nampak dia keluar dengan mata dan pipi yang bengkak. Dia beritahu saya dia ditampar oleh pengawal keselamatan. Saya beri anak saya RM100 untuk pergi ke kedai buku dan komik itu hanya berharga RM12. Mustahil untuk dia curi.” – Ibu mangsa

 

https://www.facebook.com/lim.yaw.92/posts/10213865540577094

 

Tampar Budak MPH

 

Ayah mangsa yang turut sama tidak berpuas hati mengambil tindakan melaporkan kejadian tersebut pihak polis selain memberitahu anaknya sudah merasa takut untuk pergi ke kedai buku seorang diri.

Sumber: Lim Yaw