
Takdir Logan Lee Dalam ‘The Penthouse’ Musim Ke-3
Apa takdir Logan Lee?
Filem Korea Selatan, The Penthouse: War in Life mencipta fenomena luar biasa bukan sahaja di Korea tetapi juga di Malaysia. Kini The Penthouse 2 bakal tiba!
Mengisahkan mengenai persaingan yang berputar pada harta dan pendidikan, masing-masing berusaha untuk menjadi nombor satu.
Musim kedua drama yang paling banyak mencetuskan kontroversi, The Penthouse: War In Life banyak menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penonton terutamanya pada takdir Logan Lee lakonan Park Eun Seok.
Logan Lee merupakan salah satu karakter yang sentiasa menjadi sebutan tiap kali beliau muncul dalam babak-babak drama ini.
Menjadi simbol watak antagonis, Logan Lee bagaimanapun seakan menjadi harapan penonton dalam membantu watak Shim Su Ryeon lakonan Lee Ji Ah untuk membalas dendam.
Ketika Logan Lee dan Shim Su Ryeon hampir mengecap bahagia, tragedi letupan kereta berlaku yang penonton sangkakan di dalamnya ada kedua-dua watak berkenaan.
Namun salah satu perkara yang penonton belajar dalam drama ini di musim pertama, sesiapa sahaja boleh hidup semula biarpun sudah ‘dipotretkan’ sebagai meninggal dunia.
Biarpun kelihatan seperti riwayat keduanya sudah berakhir, Eugene yang melakonkan watak Oh Yoon Hee mendedahkan dalam salah satu babak belakang tabir, Penthouse 2 – Hidden Room: An Unininished Story bahawa terdapat kemungkinan Logan Lee akan hidup kembali.
“Tiada siapa yang tahu. Sedangkan Logan sendiri pun tidak ketahui nasibnya.”
Untuk mengetahui apa kesudahan siri drama The Penthouse, nantikan 12 episod musim ketiganya yang dijangka ditayangkan pada 4 Jun ini.
Sumber: Koreaboo