Takaful Sebenarnya Tidak Buat Anda Kaya

Takaful Tidak Buat Anda Kaya

Takaful Sebenarnya Tidak Buat Anda Kaya

Dalam mengejar dan mengecapi kehidupan yang lebih berkualiti, adalah penting untuk kita berusaha menikmati hidup dengan mengambil dan meneroka peluang mendatang sebaiknya.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah perkara yang tidak berbaloi untuk diambil risiko. Sebagai contoh, tekanan yang tidak sepatutnya berlaku kepada kita sekiranya tidak mempunyai insurans/ takaful kesihatan dan perubatan.

Justeru itu, sekiranya kita dilindungi secukupnya oleh insurans/ takaful, ia memberi keyakinan bukan hanya kepada kita tetapi juga kepada orang yang tersayang.

Sebelum memilih perlindungan yang diperlukan, adalah lebih baik untuk memahami dengan lebih jelas asas insurans/takaful itu sendiri.

Dengan pelbagai terma industri yang wujud pada ketika ini, konsep insurans/ takaful dan cara ia diperkenalkan mungkin agak sukar untuk difahami oleh kebanyakan orang.

Seorang pengguna Facebook, Iskandar Azaman mendedahkan disebalik pelaburan takaful yang sering disalah anggap masyarakat.

Takaful Tidak Buat Anda Kaya
Sumber: Iluminasi

Baca perkongsiannya di bawah:

TAKAFUL TIDAK BUAT ANDA KAYA

Takaful hanya untuk elak jadi miskin …

Bila kita ambil Takaful, yang kaya adalah ejen. Duit kita keluar, duit dia masuk.
Bila sales tinggi bolehlah dia join geng dia holiday overseas.

Kita?
Duit masih keluar tiap-tiap bulan.

Tapi … adakah kita perlu Takaful / Insurance???

99.99% jawapan dia YA.

Kita perlu ambil insurance bagi perkara-perkara yang boleh membinasakan situasi kewangan kita.

Insurance Kereta. Kena ambil. Kalau terlanggar Lamborghini ataupun menyebabkan kematian, insurance akan selamatkan kita.

Insurance Mobile Phone. Tak perlu. Setakat 2-3K tak mati lah. Beli aje phone baru.

Insurance Hayat & TPD. Perlu selagi ada tanggungan. Kalau takde. Tak perlu. Kita dah mati. Tak rasa apa2 pun. Tapi kalau ada tanggungan, pastikan ada Term Life at least cukup lepas anak belajar dan boleh cover dalam 10 tahun expenses.

Kalau gaji RM50k setahun, cuba check life insurance dalam 500k. Saya tak ambil whole life insurance. 20 year term life pun cukup. Lepas tu anak dah kerja dia buat duit sendirilah.

Life Insurance untuk ibu bapa. Tak perlu pun. Dia mati kita yang benefit. Bukan dia. Dia dah mati.

Medical Insurance (Kat Malaysia ni panggil medical card). Sebenarnya health care kita ni bagus. Kalau tak ambil pun masih boleh ke hospital kerajaan. Tapi Saya ambil. Sebab Hospital KPJ damansara Dekat dan service cepat berbanding Hospital Kerajaan. Quality of treatment kat hospital sama aje. Mungkin kat hospital kerajaan expert dia lagi expert kot.

Extended Warranty. Tak perlu. Benda tu rosak, beli baru jelah. Selalunya benda-benda pun rosak lepas warranty period. Tak mati lah tak tengok TV sebulan dua sementara nak save duit beli TV baru.

Tadi bila cakap 99.99% perlukan insurance, sebenarnya dalam beberapa situasi tak perlu pun. Contohnya Kalau dah kaya sangat, mungkin tak perlu medical insurance. Cancer treatment dalam RM350k boleh bayar aje, then tak perlulah.

So penting Kita tahu keperluan insurance / takaful Kita ni. Takaful ni maksudnya islamic insurance aje. Bukan benda special nak buat anda kaya.

Kalau nak kaya?

Benda nombor satu yang determine kita kaya atau tak masa bersara …

Savings rate!!! Simpan duit. Jadi kaya lah. Rate of return semua tu secondary. Orang yang tak simpan duit tidak akan kaya.