
“Tak Terima Sinovac” – Lelaki Kongsi Pengalaman Kena Ambil Dos ‘Booster’ Untuk Lepas Masuk Arab Saudi
Lelaki Kongsi Pengalaman Kena Ambil Dos ‘Booster’ Untuk Lepas Masuk Arab Saudi.
Ketika ini, rakyat Malaysia sedang menantikan perkhabaran baik untuk merentas negeri dan tidak lama lagi juga boleh melancong ke luar negara tanpa perlu melalui prosedur tertentu jika negara mencapai kadar lengkap 90 peratus vaksinasi COVID-19 populasi dewasa.
Perkhabaran ini juga memberi galakan kepada rakyat untuk menyahut seruan kerajaan mendapatkan vaksin demi melindungi diri.
Seperti yang kita tahu, jenis-jenis vaksin yang digunakan di Malaysia ialah Pfizer, Sinovac, AstraZeneca, Moderna, Johnson & Johnson dan Sinopharm.
Walaupun kesemua vaksin ini diluluskan di Malaysia, namun ada beberapa jenis vaksin yang tidak diterima di negara luar sehingga ia menjadi isu global.
Seorang lelaki berkongsi pengalaman mendakwa tidak boleh masuk ke Arab Saudi gara-gara dirinya adalah seorang penerima vaksin Sinovac.
Pengalamannya itu dikongsikan di media sosial TikTok sehingga mendapat perhatian ramai.
Menurut pengguna TikTok @ikmalshahfazli, dia ke Arab Saudi atas urusan kerja. Ketika sampai ke Dubai untuk transit ke Arab Saudi, dia tidak mengalami sebarang masalah.
Bagaimanapun, apabila penerbangan dari Dubai ke Arab Saudi bakal tiba, dia kemudian tidak dibenarkan untuk ke sana disebabkan hanya menerima vaksin Sinovac.
Malah, dia juga tergolong dalam kategori ‘tidak divaksinasi’. Tidak mahu dibiarkan begitu sahaja, dia cuba mempertahankan diri dengan memberi segala dokumen pekerjaan untuk ke Arab Saudi.
Akhirnya, isu tersebut dapat diselesaikan dengan syarat dia perlu menerima Pfizer sebagai vaksin penggalak yang diiktiraf Arab Saudi.
@ikmalshahfazli
Gusar terima vaksin campuran
Ia menjadi kegusaran apabila perlu menerima jenis vaksin yang berlainan – memandangkan dia penerima vaksin Sinovac di Malaysia tetapi perlu mengambil vaksin penggalak iaitu Pfizer.
Pada akhir video tersebut, dia memaklumkan sudah menerima suntikan vaksin Pfizer dan turut berkongsi pengalaman kesan sampingannya.
Difahamkan, kesan sampingan yang diterima sama seperti kesan sampingan yang diuar-uarkan kepada umum seperti lenguh, pening kepala, demam dan lain-lain mengikut kekuatan antibodi masing-masing.
Anda boleh lihat keterangan lelaki ini mengenai kesan sampingan sebagai penerima vaksin campuran.
@ikmalshahfazli Answer to @maesaranoah harap membantu! #vaccine #saudiarabia #mixvaccine
Melihat pada ruangan komen, rata-rata penerima Sinovac sedikit terkilan kerana perlu mengambil vaksin penggalak jika hendak masuk ke Arab Saudi.
“Saya sebagai penerima Sinovac amat terkilan melihat video ini.”
“Saya pun Sinovac. Setakat ini nak pergi umrah kena buat booster Pfizer. Sinovac dengan Sinopharm yang kena tambah booster vaksin.”
@ikmalshahfazli Reply to @shaf2590 ada 2 syarat nak masuk Arab Saudi, tengok sampai habis 👍 semoga bermanfaat. #vaccine #saudiarabia #fyp
Untuk makluman, Arab Saudi mengiktiraf empat vaksin untuk digunakan di negara itu iaitu AstraZeneca, Pfizer-BioNTech, Johnson & Johnson, dan Moderna.
Pada Ogos lalu, Arab Saudi kemudiannya mengatakan menerima individu yang sudah lengkap vaksin Sinovac dan Sinopharm untuk ke negaranya dengan syarat perlu menerima dos penggalak yang diiktiraf di Arab Saudi.
BACA: Tak Boleh Melancong, Tunai Haji, Ke Tempat Kerja Antara Syarat Ketat Terhadap Antivaksin Arab Saudi