
Tak Tahu Nak Buang Mana Barang Lama? Khidmat Percuma Ini Bantu Selesaikan Masalah Anda
Setiap kali membeli perabot baharu atau mahu berpindah rumah, pasti bingung memikirkan cara buang barang lama yang ada dengan segera. Nak jual tak laku pula kerana keadaannya yang sudah buruk.
Kesudahannya, orang akan membuang barangan tidak pakai dan rosak ini di tempat yang tidak sepatutnya sehinggakan menyebabkan pencemaran mata.
Tidak perlu lagi berbuat sedemikian kerana hanya menggunakan perkhidmatan ini, masalah anda terus selesai!
Khas untuk penduduk di sekitar Selangor, anda boleh menggunakan aplikasi iClean Selangor yang akan mengangkut segala perabot lama, barangan elektrik walaupun sudah rosak dan sebagainya dari depan rumah anda.
BACA: Cara Buat Duit Dengan Kitar Semula Sampah Melalui Aplikasi ‘Trash4Cash’
Jangan risau, anda tak perlu membuat sebarang pembayaran menggunakan perkhidmatan ini! Hanya ambil gambar dan hantar laporan, aduan anda terus selesai.
Cara buang barang lama guna iClean Selangor:
1. Muat turun iClean Selangor di Google Play Store atau Apple Store.
2. Daftar akaun dan pilih Pihak Berkuasa Tempatan. Kemudian buat laporan.
3. Selesai membuat aduan, anda akan dihubungi dalam tempoh 1-2 hari bekerja oleh pegawai mereka dan diminta untuk mengambil gambar barang yang ingin dibuang.
4. Akhir sekali, tetapkan tarikh kutipan dan letakkan barang buangan di luar rumah untuk dikutip mereka dalam masa 24 jam sejurus anda dihubungi.

Berikut merupakan senarai PBT yang boleh mengambil barang lama anda:
- Majlis Perbandaran Klang (MPK)
- Majlis Perbandaran Selayang (MPS)
- Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ)
- Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL)
- Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
- Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)
- Majlis Perbandaran Sepang (MPSp)
- Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS)
- Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB)
- Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)
- Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ)
- Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
Ini pula lima lokasi untuk anda buang pakaian lama yang masih elok.
BACA: Rugi Buang Baju Lama Yang Masih Elok, Ini 5 Tempat Anda Boleh Derma
Sumber: KDEB
Trending now



