Foto Kompas.com

‘Tak Sengaja’ Jadi Jutawan NFT Dengan Hanya Jual Swafoto, Ghozali Tak Tahu Bagaimana Nak Terangkan Pada Keluarga

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Awal tahun ini, kecoh apabila Ghozali atau nama penuhnya Sultan Gustaf Al Ghozali, 22, dari Kota Semarang, Jawa Tengah, Indonesia menjadi jutawan dalam sekelip mata.

Ghozali menggemparkan dunia kerana berjaya menjual koleksi swafotonya sejak 2017 hingga 2021 setelah menukarkannya kepada bentuk non-fungible token (NFT) melalui platform OpenSea.

Tangkap layar dari Kompas.com
– Tangkap layar dari Kompas.com

NFT atau pun item digital unik yang boleh dibeli, dijual dan disimpan pada rantaian blok atau blockchain tersebut diberi nama Ghozali Everyday.

Ia mengandungi himpunan 933 gambar swafoto yang diambil oleh beliau selama 5 tahun di depan komputer setiap hari bermula dari umurnya 18 tahun sehingga 22 tahun.

Tangkap layar dari Kompas.com
– Tangkap layar dari Kompas.com

Pelajar jurusan animasi di sebuah universiti swasta tersebut pada mulanya hanya menganggap tindakannya itu sekadar saja suka-suka nak ‘buat lawak’ samata-mata.

Semuanya bermula pada 10 Januari 2022, apabila beliau membuat ciapan menerusi akaun Twitternya @Ghozali_Ghozalu memaklumkan mengenai tindakannya itu.

Tangkap layar dari Twitter @Ghozali_Ghozalu
– Tangkap layar dari Kompas.com

Keesokan harinya, beliau merasa pelik dan tidak menyangka kerana ada juga yang sudi membeli wajahnya itu kerana sejumlah 35 NFT telah terjual dalam masa satu hari.

4 – Tangkap layar dari Twitter @Ghozali_Ghozalu
– Tangkap layar dari Kompas.com

Pada mulanya, harga yang ditawarkan Ghozali hanyalah 0.00001 ETH atau kira-kira AS$3 sahaja kerana baginya, memang ‘kelakar’ kalau benar-benar ada pengumpul yang berminat menjadikan wajahnya sebagai koleksi.

9 hari kemudiannya, dengan tidak disangka, swafoto beliau tersebut telah mencecah 4 ETH (AS$12,500) dan keseluruhan koleksi Ghozali Everyday dinilaikan pada 374 ETH (AS$1.2 juta) iaitu kira-kira RM5 juta!

Portal Kompas.com melaporkan, ketika ditemubual oleh Rudy Salim dari saluran YouTube Prestige Productions, ibu bapanya memang terkejut dan tertanya-tanya apakah sebenarnya ‘projek’ anak mereka tersebut.

Memang agak sukar untuk ibu bapa Ghozali memahami bagaimana NFT berfungsi lebih-lebih lagi hendak mempercayai bagaimana beliau boleh menjadi kaya raya dalam sekelip mata.

BACA: Bakal Dipadam Dari YouTube, Video ‘Charlie Bit My Finger’ Dilelong Dengan Nilai RM3.1 Juta

Namun, ibu bapanya yang merupakan usahawan dalam industri batik Indonesia tetap berbangga dengan Ghozali kerana telah mencapai kejayaan memberangsangkan dalam usia muda.

Ghozali turut mendedahkan, sejak menjadi popular, ramai juga yang datang mengaku menjadi teman lama atau saudaranya, termasuk juga beliau kini sering menjadi rebutan gadis-gadis yang ingin berkenalan.

Pada masa ini, perancangan Ghozali hanyalah untuk membantu keluarganya di samping bercita-cita untuk membuka studio animasinya pada satu hari nanti.

BACA: Kecoh Kubur Upin Ipin Di Indonesia, Ahli Keluarga Pemilik Makam Tampil Jelaskan Hal Sebenar

Sumber: Kompas.com, Independent.co.uk