
Tak Sempat Buktikan Diri Tak Bersalah Atas Tuduhan Bunuh Anak, ‘Trial By Fire’ Diadaptasi Daripada Kisah Benar
Ditayangkan pada 31 Ogos 2018 di Telluride, filem Trial by Fire sudah pun boleh anda tonton di Netflix sejak akhir Mac lalu.
BACA: Dipenjara 24 Tahun, Ramai Mahu Lelaki Ini Diberi Peluang Kedua Kerana Miliki Wajah Tampan
Filem ini mengisahkan seorang lelaki, Cameron Todd Willingham yang bangun pada 23 Disember 1991 dalam keadaan rumahnya terbakar.
Biarpun berusaha untuk menyelamatkan tiga orang anaknya yang berada di dalam rumah, usahanya tetap gagal.
Dalam perbicaraan, beliau dituduh bersalah merancang pembunuhan ketiga-tiga anaknya dengan beberapa bukti yang disertakan bersama oleh pihak penyiasat kebakaran.
Dalam tempoh perbicaraan, beberapa isu dinaikkan antaranya hubungan keruh antara Cameron dan isterinya, Stacy termasuklah kejadian Stacy dipukul kerana terkantoi menjalinkan hubungan sulit.
Sepanjang tempoh menanti hukuman, Cameron sentiasa tetap dengan pendiriannya bahawa beliau tidak membunuh anak-anaknya.
Di dalam penjara juga, beliau berkenalan dengan seorang suri rumah, Elizabeth Gilbert dan menceritakan mengenai tuduhan yang dihadapi beliau.
Dibantu Elizabeth, Cameron cuba dibuktikan tidak bersalah dan bukti serta kenyataan saksi kebanyakannya bercanggah dengan apa yang mereka perkatakan kepada polis dan di mahkamah.
Sehinggalah kemuncaknya, tuduhan ke atas Cameron sebenarnya boleh dibuktikan tidak bersalah dengan beberapa bantuan pakar, namun kertas pembuktian ditolak tanpa dibaca pihak berkuasa.
Dan Cameron tetap dijatuhkan hukuman mati pada 17 Februari 2004.
Biarpun Cameron sudah tiada, Elizabeth tanpa henti cuba membuktikan bahawa Cameron sebenarnya tidak bersalah dan hanya menjadi mangsa bukti-bukti tidak tepat.


Diinspirasikan daripada artikel yang pernah keluar di media The New Yorker oleh wartawan David Grann pada 2009, Grann menulis:
“Sekiranya penyiasat kebakaran menyatakan tiada bukti saintifik yang dapat membuktikan jenayah berlaku, pastinya kenyataan penafian Cameron didengari dan bagaimana Cameron terseksa dengan kenyataan hanya beliau yang terselamat daripada kebakaran dan bukan anak-anaknya.”
Siasatan demi siasatan, akhirnya membuktikan wujudnya beberapa konspirasi dalam kes Cameron antaranya wang pampasan untuk bekas teman sepenjara Cameron untuk menipu semasa perbicaraan dan campur tangan ahli politik.
Tonton trailer Trial by Fire di pautan bawah:
Trending now



