
Tak Sedar Boleh Membawa Kemudaratan, Ramai Makan Panadol Lepas Divaksin Sampai Bekalan Berkurangan Di Pasaran
Ubat paracetamol atau jenama paling popularnya, Panadol, kebelakangan ini didapati mengalami kekurangan bekalan yang ketara di Malaysia.
Tinjauan di kebanyakan farmasi mendapati, bahagian rak yang mempamerkan bekalan ubat yang sering digunakan untuk melegakan demam dan sakit kepala tersebut didapati kosong.
Ianya didapati berpunca dari pembelian meningkat sebagai persediaan untuk mengurangkan kesan sampingan seperti demam, sakit sendi dan sakit kepala selepas menerima suntikan dos penggalak.
Presiden Persatuan Farmasi Malaysia (MPS), Amrahi Buang yang turut mengesahkan perkara itu berkata, masalah kekurangan itu tidak hanya berlaku di ibu negara, tetapi juga di beberapa negeri lain.
Menurut seorang pengguna Facebook Josepihine Joey, “Kelmarin siang sampai petang tidak jumpa ubat paracetamol, sambung lagi cari di farmasi, kedai runcit dan supermarket pun tiada, habis stok”.
“Apa kes susah sangat nak cari Panadol ActiFast ni, jenuh pusing Bangi, Petaling Jaya dan Seremban masa balik kampung last week, semua habis,” jelas @fxizmiller menerusi satu ciapan di Twitter.
Akibat masalah kekurangan ini, ramai yang telah mengambil keputusan untuk membelinya secara online menerusi platform e-dagang seperti Shopee dan Lazada.
Seorang lagi pengguna Facebook Ahmad Zulfahmi pula mengambil inisiatif untuk menyedarkan orang ramai mengenai kesan sampingan dan kemudaratan yang boleh dialami dengan pengambilan paracetamol.
Ikuti penjelasan beliau melalui hantaran Facebooknya berikut:

| JANGAN MAKAN UBAT DEMAM PARACETAMOL! |
[mohon baca sampai habis]
Ubat Paracetamol (PCM) atau orang panggil dengan nama jenama Panadol.
Tujuan makan untuk hilangkan demam dan hilangkan sakit-sakit ringan. Orang tua makan, dewasa pun makan. Anak-anak kecil ada yang kita bagi minum dan ada juga jenis masukkan ikut dubur (suppositoria). Di hospital, ada juga jenis yang kita masukkan terus ke dalam salur darah (intravenous).
Farmasi ada dijual. Sakit kepala sedikit pun kedai runcit sebelah rumah pun ada jual PCM. Sangat mudah didapati.
Anak-anak demam, kita tidak ragu untuk bagi ubat PCM. Bagi PCM, demam kebah. Harap-harap sehari dua makan PCM, demam dan sakit terus sembuh. Itu biasa.
Tahukah kita bahawa PCM pun ada kesan sampingan?
Kajian dari Poland (2007 sehingga 2018) melaporkan 4,589 kesan sampingan akibat pengambilan PCM. Yang paling biasa adalah kesan alergik. Merah-merah kulit, sembab muka, bawah mata, bibir, batuk-batuk dan lain-lain. Boleh rujuk Table 1 untuk gambaran keseluruhan. Sebagaimana kita tahu, kesan alergik ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
24% pelaporan (1,101 kejadian) adalah melibatkan kanak-kanak. Selain daripada kesan-kesan ringan, terdapat kesan sampingan yang teruk dan mengancam nyawa.
Petugas kesihatan tahu kalau sampai ‘anaphylaxis shock’, si kes tak dapat bernafas, peredaran dah terganggu itu sangat bahaya. Belum lagi kita berjumpa dengan Steven Johnson Syndrome (SJS) atau Toxic Epidermal Necrolysis. Boleh baca maklumat lebih pasal SJS di pautan ini http://www.myhealth.gov.my/en/steven-johnson-syndrome/
1.3% (58 kes) meninggal dunia disebabkan PCM. Boleh lihat diagram yang dikepilkan bersama. 58 kes itu nyawa manusia yang meninggal dunia sebagai asbab PCM.
Poland ada 38 juta penduduk. Katakanlah 20 juta penduduk ada ambil PCM dalam masa 11 tahun (2007 hingga 2018). Dan 58 kes meninggal dunia disebabkan PCM. Secara peratus ia adalah 0.0003%. Sangat kecil.
Kita empati pada keluarga 58 kes yang meninggal dunia. Hospital dan seluruh tenaga kesihatan bertungkus lumus menyelamatkan nyawa mereka.
Namun, paling penting, PCM masih digunakan secara meluas di Poland malahan seluruh dunia sehingga hari ini. Anak-anak demam masih diberikan PCM. Orang dewasa juga. Hospital pun guna.
Kerana apa? Manfaat PCM jauh melebihi mudarat yang didatangkannya.
Dan bila kita bicara vaksin COVID19, pihak bertanggungjawab seperti KKM sendiri mengaku ada kesan sampingan ‘Adverse Effects Following Immunisation’ (AEFI). Dari gejala ringan sehinggalah radang jantung atau alergik seperti PCM. Boleh rujuk pautan d JKJAV mengenai AEFI https://www.facebook.com/jkjavmy/posts/254251723557153
Tidak dinafikan. Ada kes dapat radang jantung dan dirawat di hospital. Kita empati, kita sedih. Petugas kesihatan merawat sehabis baik agar cepat sembuh.
Banyak ubat ada risiko alergik seperti mana PCM serta AEFI vaksin COVID-19. Tapi kita tidak bersentimen berlebihan sehingga mengabaikan rasional dan bukti kuat secara ‘evidence based’ serta teori klinikal.
Jadi, untuk bersentimen berlebihan adalah tidak wajar. Kesan manfaatnya jauh lebih banyak melebihi kesan mudarat.
Rujukan
Popiołek I, Piotrowicz-Wójcik K, Porebski G. Hypersensitivity Reactions in Serious Adverse Events Reported for Paracetamol in the EudraVigilance Database, 2007⁻2018. Pharmacy (Basel). 2019;7(1):12. Published 2019 Jan 17. doi:10.3390/pharmacy7010012
BACA: Sakit Kepala Dan Demam Lepas Terima Vaksin, Ahli Kimia Kongsi Jenis-Jenis Panadol Ikut Kesesuaian
Sumber: Ahmad Zulfahmi, BERNAMA