Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah Jadi Punca Suami YouTuber Sensasi Cederakan Isteri

Hanya kerana tak sebut nama suaminya ketika menerima satu anugerah di sebuah majlis di Ipoh baru-baru ini, YouTuber yang terkenal dengan video masakan-masakan tempatan menjadi punca beliau dicederakan.

Suspek berusia 29 tahun itu ditahan reman tiga hari bermula hari ini oleh Mahkamah Majistet Ipoh bagi membantu siasatan dakwaan mencederakan isterinya mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Senjata Berbahaya 1958.

BACA: 3 Orang Ini Jana Pendapatan Daripada YouTube Dengan Hanya Rakam Aktiviti Seharian

Menurut sumber, episod pertengkaran pasangan YouTuber hanya kerana ‘tak sebut nama’ di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh membawa kepada beliau (suami) mencari adik isterinya di hospital sama pada keesokan harinya.

Suspek pada ketika itu dipercayai mabuk tidak dapat bertemu dengan adik isterinya menyebabkan beliau memukul isterinya.

Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah Jadi Punca Suami Youtuber Sensasi Cederakan Isteri
Sumber: Astro Awani

Pada hari yang sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada salah seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk memegang sabit hendak memasuki salah satu wad di hospital.

Menurut pihak polis, kes masih disiasat dan mereka percaya bahawa ianya berhubung dengan masalah keluarga.

Dua hari lalu, YouTuber berkenaan telah diangkat sebagai Ikon Bandaraya Ipoh oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sebagai penghargaan kepada kejayaan beliau yang berasal dari Ipoh.

Setakat hari ini, pasangan ini telah berjaya mengumpul lebih 781,000 pengikut di laman media sosial YouTube biarpun baru enam bulan menyertai dengan jumlah tontonan lebih 34.26 juta kali.

Sumber: Harian Metro