
Tak Sanggup Beban Kerja, Ramai Generasi Muda Memilih Untuk Berhenti Walau Gaji Tinggi
Seorang bapa meluahkan rasa kecewanya terhadap generasi muda pada hari ini yang sanggup berhenti kerja walaupun ditawarkan gaji yang tinggi kononnya tidak tahan dengan bebanan kerja.
Hantaran yang berjudul – “Anak Muda Hari Ini, Dapat Gaji RM 4000.00 Lebih Sebulan Pun Masih Memilih Untuk Berhenti Kerja” yang dibuat oleh Mohd Faisal di Facebooknya tersebut kemudiannya menerima pelbagai respon dari netizen.
Walaupun ada yang menyokong, tidak kurang juga ramai yang kurang bersetuju sehingga berlakunya perdebatan hangat di ruangan komen ketika ini.
Apa pendapat anda mengenai isu ini? Gaji tinggi tapi kerja separuh mati, patut bertahan atau berhenti? Jom baca hantaran tersebut dan suarakan sekali pendapat anda di ruangan komen.
Anak Muda Hari Ini, Dapat Gaji RM 4000.00 Lebih Sebulan Pun Masih Memilih Untuk Berhenti Kerja
Anak sulung saya yang berusia 22 tahun bekerja di bidang Customer Service dalam sebuah syarikat penerbangan di pusat bandar KL.
Beliau mula bekerja hampir setahun yang lepas. Boleh dapat gaji RM 3000.00 lebih sebulan. Ini sudah cukup bagus bagi orang yang berusia sepertinya dan masuk kerja hanya berbekalkan diploma dan kemahiran berbahasa Inggeris. Suasana tempat kerja bagus. Kemudahan segalanya lengkap. Lokasi pun bagus kerana senang diakses dengan LRT.
Kumpulan yang masuk kerja bersama-sama anak saya dulu 50 orang. Semasa sesi latihan selama dua bulan, 10 orang cabut. Apabila mula bekerja secara rasmi, setiap bulan ada yang cabut dan tinggal lagi 18 orang.
Sekarang syarikat penerbangan mula kembali sibuk. Kerja semakin bertambah. Syarikat mula mewajibkan kerja lebih masa (berbayar). Bayaran kerja lebih masa mereka bukannya RM 5 atau RM 10 satu jam. Berpuluh-puluh RM per jam. Boleh mencecah RM 250 jika kerja 8 jam sehari.
Mulai bulan Jun, syarikat mewajibkan semua staf OT satu hari seminggu di hari cuti mereka. Semalam 15 orang hantar surat berhenti. Alasan mereka syarikat melanggar kontrak. Janji kerja lima hari seminggu, sekarang kena kerja enam hari seminggu.
Saya beritahu anak, kamu jangan berhenti. Jangan terikut-ikut kawan. Kalau kamu berhenti saya tidak akan pedulikan kamu lagi dan jangan minta tolong apa-apa dengan saya.
Tidak ada istilah langgar kontrak dalam hal ini. Kamu diminta bekerja pada hari cuti dalam keadaan berbayar. Dan bayaran bukan kecil. Gaji kamu akan jadi RM 4500 sebulan. Apa lagi yang kamu nak?
Saya beritahu kepadanya, kerja perlu konsisten, ikhlas dan istiqomah. Untuk mendapat jawatan dan gaji yang lebih besar di masa depan, kita perlu kerja kuat dan timba pengalaman dari sekarang. Apatah lagi kamu masih muda dan bujang. Jangan harap pangkat besar atau gaji tinggi akan datang bergolek. Kalau tidak dipecah ruyung mana hendak dapat sagunya?
Alhamdullilah beliau beritahu saya tidak mahu berhenti dan tidak akan mengikut jejak rakan-rakan sekerjanya. Alhamdullilah juga, malam tadi beliau dapat e-mel daripada syarikat memaklumkan tentang kenaikan gajinya bermula bulan Mac 2022.
Ke mana hala tuju anak-anak muda kita hari ini?
Jika ada kerja yang baik, tempat kerja yang selesa, gaji yang bagus, masih lagi tidak puas hati. Apabila tidak ada kerja, kerajaan yang dipersalahkan.
Sebab itu saya tidak berapa bersetuju dengan kehadiran kerja seperti Grab, Food Panda dan penjual-penjual di lampu isyarat sekarang ini. Kerana ini akan melahirkan masyarakat yang tidak mahu maju ke depan dan budaya malas belajar.
Dunia pekerjaaan hari ini, majikan semua tidak betul walaupun bayar gaji mahal dan beri pelbagai kemudahan. Pekerja sentiasa betul, amanah dan jujur.
——
Berikut merupakan antara komen yang diterima:
“Saya setuju tuan! Kita kerja cari duit selagi boleh muda-muda ni.. kawan saya ada SPM je, tapi sebab rajin dan berdedikasi, tak tukar kerja almost 19 tahun.. sekarang gaji dia belas-belas ribu, dah target berhenti kerja sebelum 50 tahun, dengan simpanan beratus-ratus ribu (semua dia share dengan saya) environment toxic tu tak boleh elak, tukar la kerja dekat mana pun, mesti ada manusia toxic ni..” – Fauziah Ali Husin
“Setuju.. Asyik komplen je.. Majikan itu majikan ini, sedangkan diri sendiri malas dan tak nak belajar erti susah” – Atie Zaenal Abid
“Tak boleh nak blame mereka 100%. Ada kalanya mental sangat tertekan kerja di Customer Service. Saya pernah tengok depan mata sendiri budak CS kena maki. Minta maaf je la dia mampu. Tapi habis call dihempasnya telephone tu. Menangis lari ke tandas. Mungkin boleh tanya bagaimana mental state dia kerja di situ” – Muhsin Hassan
“Differerent generation. Pilihan tempat kerja banyak. Sekarang bukan concern pasal work life balance semata-mata, tapi quality of work life, quality of life. Gaji besar saja tak cukup, work environment pun kena baik. Apa guna gaji besar tapi kesihatan fizikal dan mental ke laut.” – Aidiel
“Anak awak nasib baik jaa dengan diploma dapat gaji sebanyak tue.. orang lain ada degree pun tak dapat gaji sebanyak tue sebab tue laa depa lagi rela kerja Foodpanda dan Grab.. dari kerja guna kelayakan degree tapi dibayar rate SPM..” – هانفف اوڠ
Sumber: Facebook Mohd Faisal
Trending now



