
Tak Popular Tapi Menarik, Ini 5 Drama Korea 2020 Yang Boleh Anda Tonton Tanpa Rasa Menyesal
Tahun 2020 menyaksikan peningkatan populariti drama Korea secara mendadak di Malaysia. Mungkin kerana plot yang berbeza dan menarik, ramai yang memilih untuk menjadikan drama Korea sebagai pilihan untuk tontonan hiburan.
Untuk itu, kami senaraikan 10 drama Korea terbaik untuk tahun 2020 yang boleh anda tonton di Netflix. Yang pastinya, ianya tidak akan membuatkan anda rasa masa anda terbuang dengan sia-sia.
1. Mystic Pop-up Bar
Diadaptasi daripada webtoon, Mystic Pop-up Bar mengisahkan mengenai pojangmacha (bar) misteri yang dikendalikan seorang wanita, Weol-ju (lakonan Hwang Jung-eum) dan dibantu oleh bekas detektif alam barzakh, Gwi (Choi Won-young) dan pekerja sambilan, Han Kang-bae (Yook Sung-jae) yang didirikan bagi membantu pelanggan yang berada dalam masalah.
Trailer:
2. Hyena
Membawa tema perundangan, Hyena mengisahkan mengenai dua orang peguam, Yon Hee-Jae dan Jung Geum-Ja yang bekerja untuk firma guaman terbaik dan kumpulan elit dengan dua misi berbeza.
Trailer:
3. Hi Bye, Mama!
Cerita Hi Bye, Mama! merupakan cerita yang bakal menyebabkan emosi anda bergolak. Mengisahkan mengenai Cha Yu-ri (lakonan Kim Tae-hee) yang meninggal disebabkan kemalangan lima tahun lalu, roh Yu-ri diberikan kesempatan untuk menjadi manusia semula sekiranya berjaya dalam misinya. Namun Yu-ri terpaksa membuat pilihan selepas mendapati suaminya sudah pun berkahwin baru.
Trailer:
4. Rugal
Kang Ki-Beom (lakonan Choi Jin-Hyuk) merupakan detektif elit yang sedang menyiasat mengenai organisasi jenayah Argos. Namun semasa pulang ke rumah, Ki-Beom mendapati isterinya dibunuh oleh beberapa orang lelaki bertopeng yang diupah Argos.
Apabila sedar di hospital, Ki-Beom mendapati matanya dicungkil keluar dan beliau dituduh membunuh isterinya. Untuk keluar daripada itu, beliau memilih untuk menyertai Rugal, satu kumpulan istimewa dengan diberikan mata AI baharu dengan misi menjatuhkan Argos.
5. Kkondae Intern
Selepas bergraduasi, Ka Yeol-chan (lakonan Park Hae-jin) mendapatkan kerja pertamanya di sebuah syarikat. Namun majikannya, Lee Man-shik (lakonan Kim Eung-soo) digelar sebagai ‘kkondae’ kerana enggan menerima pendapat orang lain dan old school. Disebabkan sikap Eung-soo yang seperti membuli, Yeol-chan akhirnya terpaksa berhenti dan bekerja di syarikat lain.
Namun tiba-tiba satu hari, syarikat Yeol-chan menerima seorang intern dan beliau adalah Man-shik yang diletakkan untuk bekerja di bawahnya.
Trailer:
6. Nobody Knows
Bonus:
1. Itaewon Class
2. The World of Married Couple
3. It’s Okay to Not Be Okay
4. Dr. Romantic 2
5. Hospital Playlist
Trending now



