Tak Pernah Serik, Pasar Basah China Kembali Jalankan Operasi Seperti Biasa

China nampaknya tak pernah serik dengan apa yang sudah berlaku.

Selepas mencatatkan pengurangan kes COVID-19 di sana, beberapa pasar basah di daerah China seperti di Beijing kembali ‘dibanjiri’ dengan jualan bahan mentah eksotik seperti kelawar.

Menurut sumber Daily Mail, bukan sahaja haiwan eksotik, malah haiwan domestik seperti kucing, anjing dan arnab juga turut dipamerkan kepada pembeli.

Keadaan lantai pasar juga didapati kotor dengan darah haiwan yang disembelih serta bangkai-bangkai haiwan yang menanti pengunjung pasar.

Antara jenis haiwan yang dapat ditemui jika ke pasar basah China.Manalah tak jadi lubuk penyakit, dengan kawasan kotor yakmat. 🤦‍♀️

Posted by ODISI on Tuesday, February 4, 2020

Terlalu awal meraikan kemenangan ‘bebas’ kes COVID-19, pasar basah di Wuhan merupakan titik mula kepada keadaan pandemik COVID-19 di dunia sejak awal Disember lalu.

Tidak mengambil iktibar atas apa yang pernah berlaku, China sekali lagi mengulangi kesilapan mereka walaupun sudah lebih 199 buah negara dan satu kapal persiaran dijangkiti menyebabkan jumlah kes yang dicatatkan setakat ini ialah 722,664 dengan kadar kematian seramai 33,983 orang.

BACA: Penularan Wabak Koronavirus Tak Jejas Jualan Daging Kelawar Di Indonesia

Wabak COVID-19 yang merupakan sejenis penyakit zoonosis, virus koronavirus, sejenis virus RNA daripada kelawar dan ular namun sejauh mana kebenaran haiwan penyebab masih lagi belum dapat disahkan.

Daging Kelawar Koronavirus Indonesia 1

Terdahulu, China dikatakan menyembunyikan sesuatu daripada dunia apabila mencatatkan kosong kes domestik COVID-19. Dalam satu video yang tular, kakitangan hospital dilihat enggan menerima pesakit yang mempunyai simptom COVID-19 kerana tekad mahu membuktikan pada dunia bahawa mereka sudah ‘sembuh’.

BACA: Tiada Pertambahan Banyak Kes COVID-19, Ini Yang China Sembunyikan Dari Dunia

Disebab wabak COVID-19 sudah merebak ke seluruh dunia, sekumpulan besar ahli perniagaan Amerika Syarikat telah menyaman kerajaan China dalam amaun berbilion US dolar atas dakwaan tidak telus dalam menyampaikan maklumat berkenaan COVID-19 sehingga merebak ke dunia.

Disebabkan penularan berkenaan, hampir kesemua perniagaan mengalami kerugian dan hilang punca pendapatan akibat COVID-19 ini.

Memang tak pernah serik.

Jika China tak hentikan tabiat mereka ini, tak mustahil wabak lain boleh kembali menyerang dunia seperti COVID-19.