Tak Perlu ‘Panic Buying’, Ini Panduan Ringkas Apa Yang Buka Dan Tutup Sepanjang Tempoh PKPB

Sumber: Reuters

Masih keliru dengan apa yang buka dan tutup sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB?

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan), Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam telah menimbulkan panik dalam kalangan penduduk tiga kawasan terlibat – Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Pelaksanaan PKPB ini akan berkuatkuasa 12.01 tengah malam 13 Oktober hingga 27 Oktober ini menjadi asbab ada sebilangan penduduk yang mula melakukan pembelian panik di pasar raya sehingga menyebabkan kesesakan.

Menteri Langgar PKP

Untuk pengetahuan anda, semua sektor masih lagi berjalan seperti biasa kecuali sektor pendidikan dan sosial.

BACA: 6 Aktiviti Yang Dilarang Sepanjang Tempoh Pelaksanaan PKPB

Bagi memudahkan anda, kami senaraikan apa yang ‘buka dan tutup’ sepanjang tempoh PKPB ini.

BUKA

  • Semua aktiviti ekonomi, industri dan perniagaan dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat mengikut arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

TUTUP

  • Semua institusi pendidikan termasuklah sekolah, kolej, universiti, institusi latihan, tadika, pusat asuhan dan pusat tahfiz.
  • Taman awam dan pusat rekreasi.
  • Tempat menunaikan ibadah termasuklah surau, masjid, kuil dan gereja.
  • Semua aktiviti sukan, sosial, keagamaan dan hiburan.

Selepas daripada pengumuman Ismail Sabri, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mendedahkan kerajaan negeri agak terkerjut dengan tindakan kerajaan dan akan menghantar cadangan balas untuk pertimbangan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut beliau, kerajaan negeri berpandangan bahawa ada beberapa kawasan yang masih dikategorikan sebagai zon hijau dan kuning seperti Sabak Bernam dan Kuala Selangor berada dalam keadaan terkawal sedangkan yang dimaklumkan kepada beliau hanya kawasan Klang, Gombak, Hulu Langat dan sebahagian Petaling yang mempunyai bilangan kes COVID-19 yang membimbangkan.

Sempena dengan pelaksanaan PKPB di tiga kawasan terlibat ini, kami ada cadangan filem yang wajar anda tonton dalam tempoh ini, iaitu The Platform.

BACA: ‘The Platform’ Satu Kritikan Pedas Kepada Kelompok Kapitalis Dari Sisi Dunia Penjara

Boleh ditonton di Netflix, filem The Platform (2019) merupakan sebuah filem sains fiksyen seram Sepanyol arahan Galder Gaztelu-Urrutia yang ditayangkan di Netflix semasa Malaysia baru dua hari berdepan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

SOP terbaharu PKPB:

1

2 3

4