
Tak Perlu Masuk Kelas, Ini Cara Mudah Ikuti Kursus Kahwin ‘Online’ Dengan Yuran RM50
Apa kata anda tentang kursus kahwin secara online?
Keadaan negara yang masih lagi berperang dengan wabak pandemik COVID-19 menyebabkan banyak urusan perlu ditunda dan dibuat dalam keadaan norma baharu termasuklah urusan perkahwinan.
Mengambil inisiatif ini, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menganjurkan Kursus Pra-Perkahwinan Islam secara dalam talian.
YURAN
RM50 dibayar semasa sijil diambil di kaunter pejabat.
GOOGLE CLASROOM
Menggunakan aplikasi Google Classroom,peserta akan diberikan pautan dan kod 15 hingga 30 minit sebelum bermulanya kelas.
BACA: Pasangan Ini Cipta Sejarah Anjur Majlis Perkahwinan Secara Pandu Lalu Pertama Di Malaysia
Anda boleh memilih tarikh yang akan dijalankan pada hujung minggu – Sabtu dan Ahad. Dua sesi dibuka iaitu sesi pagi bermula jam 8am hingga 12pm dan sesi kedua pada 2pm hingga 6pm.
PENDAFTARAN
Untuk menjadi peserta, anda perlu isikan maklumat anda seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit dan alamat emel di Google Form yang disediakan.
Pautan pendaftaran boleh KLIK DI SINI.
TARIKH KURSUS
Tinjauan kami mendapati tarikh yang masih dibuka untuk tahun ini adalah pada:
- 28 November 2020 (Sabtu)
- 29 November 2020 (Ahad)
- 5 Disember 2020 (Sabtu)
- 6 Disember 2020 (Ahad)
EMEL PENGESAHAN
Anda akan menerima emel pengesahan tanda anda berjaya mendaftar sebagai peserta mengikut tarikh pendaftaran yang anda pilih.

NOTA DAN UJIAN
Sepanjang sesi, anda boleh membaca kesemua nota yang disediakan dan menjawab 50 soalan tanpa ada tempoh masa dan menghantarnya sebelum sesi berakhir.
SIJIL
Selepas anda selesai menjawab soalan, anda akan diberikan emel sama ada anda lulus atau pun tidak kursus ini. Sekiranya lulus, anda akan diberikan masa dan tempat untuk mengambil sijil anda.

Jangan lupa bawa sekali KAD PENGENALAN dan wang bayaran yuran RM50. Sekiranya anda menghantar wakil, sila pastikan SALINAN KAD PENGENALAN anda dan wakil dibawa bersama berserta dengan SURAT KEBENARAN WAKIL.
Mudah sahaja kan? Tak perlu risau dengan keselamatan kesihatan, anda boleh ambil sahaja kursus kahwin secara online. Lebih mudah dan praktikal!
Trending now



