Service Charge

Tak Perlu Kemas Meja Dan Angkat ‘Tray’ Kalau Kedai Makan Tu Dah Ada ‘Service Charge’. Ini Penjelasannya

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Selalu kalau makan di restoran, ramai yang tak puas hati sebab terpaksa membayar caj perkhidmatan atau service charge sampai 10%.

Dah kena bayar, terpaksa pula kemas meja dan angkat tray sendiri. Patut ke?

Sebenarnya tak perlu pun. Service Charge adalah berbeza dengan Service Tax/Government Tax.

Service charge memang dibayar untuk kegunaan kedai tersebut sendiri dan ianya tidak digunakan untuk dibayar kembali kepada kerajaan.

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) banyak menerima aduan mengenai hal ini yang menimbulkan kekeliruan orang ramai.

Menurut portal rasmi JKDM, berikut merupakan perbezaan di antara Service Charge dan Service Tax/Government Tax:

Service Charge – adalah satu caj selain daripada kos barangan atau perkhidmatan yang dikenakan oleh sesuatu perniagaan di dalam bil/invois. Ini adalah amalan yang dipraktikkan dalam industri “hospitality” dan kadar biasa yang dikenakan adalah 10%. Caj ini dikumpulkan oleh majikan sebagai dana untuk diagihkan kepada pekerja. Caj ini boleh menggantikan tip walaupun tidak semestinya.

Service Tax/Government Tax – secara undang-undang dikenakan dengan kadar 6% (mulai Januari 2011) di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 ke atas kategori perniagaan dalam “hospitality industry”. Contoh: hotel, restoran, pub dan spa di bawah lesen yang dikeluarkan oleh JKDM.

Lesen cukai perkhidmatan mengandungi nama, alamat dan nombor lesen yang dipamerkan di premis yang berlesen. Cukai perkhidmatan yang dikenakan dibayar kepada JKDM bagi tempoh dua (2) bulan sekali.

Cukai perkhidmatan tidak dikenakan ke atas service charge tetapi atas barangan/perkhidmatan yang dibekalkan. Jenis perniagaan dan jenis perkhidmatan yang tertakluk kepada pelesenan dan pengenaan cukai perkhidmatan disenaraikan dalam Jadual Kedua Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 1975.​​

(Disediakan oleh: Bahagian Cukai Dalam Negeri, Putrajaya)

Jadi, kalau dah bayar service charge, tak perlulah angkat tray lagi? Macam tu ke?

Sebenarnya, tak kisah pun kalau nak bantu juga. Kalau persekitaran kedai tu jadi lebih bersih, cantik, kemas dan teratur, kita pun rasa lebih senang hati dan selesa, kan?

Lagipun orang kata, kalau kita mudahkan urusan orang lain, nanti urusan kita juga akan dipermudahkan.

Seorang pengguna Facebook, Syafiq Mazalan memberikan pandangannya melalui hantaran yang dibuatnya berikut:

Service Charge

TAK PERLU KEMAS MEJA/ANGKAT TRAY KALAU KEDAI ADA SERVICE CHARGE SEBAB SERVICE CHARGE TU KEDAI DAN PEKERJA KEDAI YANG DAPAT BUKAN GOMEN. KORANG DAH DIANGGAP BAGI TIPS UNTUK MEREKA KEMAS MEJA.

Service charge bukan tax. Yang ambil service charge tu kedai makan. Dia ibarat korang bagi tips wajib pada pekerja kedai. Gomen ambil service tax melalui SST bukan charge.

Ada kedai letak service charge sampai 10%. KEDAI-KEDAI LAGU NI KORANG TAK PERLU KEMAS MEJA ANGKAT TRAY. Sebab memang 10% tu dah dapat ke kedai dan sepatutnya sampai pada pekerja.

Ini sebab yang sama kenapa orang kata jangan buang masa kemas bilik kalau hotel ada letak 10% service charge. Sebab memang korang dah dianggap bayar tip untuk mereka kemas. Ingat sekali lagi bukan gomen yang dapat 10% service charge tau. Kedai dan sepatutnya pekerja yang dapat.

Kalau kedai yang tak ada service charge tolong-tolong la angkat tray tu. Sebab depa tips apa pun tak dapat jadi ringan kan la kerja orang. Ini cuma nak highlight ada kedai dan pekerja F&B melebih sangat WALAUPUN kedai dah ambil 10% service charge tapi mengada nak suruh orang itu ini macam tak ambil.

“Tapi kami tak pernah merasa pun 10% tu. Bos ambil ke kedai / tapi bos kita orang anggap 10% tu sebagian dari gaji minima”.

Bukan masalah pelanggan kalau 10% service charge tu bos atau majikan songlap dan pekerja claim tak sampai pada mereka. Sebab benda memang dah salah. Perundangan Malaysia dah cakap jelas service charge 10% tu tips dikira asing dari gaji minimum. Ini kes di mahkamah federal.

BACA: Kena Lap Meja Sendiri, Pelanggan Persoal Definisi ‘Layan Diri’ Cawangan Francais Makanan Segera Ini

Sumber: Portal Rasmi Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Facebook Syafiq Mazalan