Tak Perlu Ke Kaunter, ‘Renew’ Lesen Kenderaan Anda Secara Dalam Talian Bermula 9 Oktober Ini

Sumber: BH

Mulai 9 Oktober 2020, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) boleh dilakukan secara dalam talian menerusi sistem MyEG.

BACA: Korea Selatan Perkenal Lesen Memandu Digital, Hanya Tunjuk Telefon Sahaja Ketika Roadblock

Manakala bagi Lesen Memandu Kompeten (CDL), permohonan secara dalam talian akan boleh dilakukan bermula 19 Oktober ini dan ianya tidak termasuk Lesen belajar Memandu (LD) dan Lesen Memandu Percubaan (PDL).

Pelaksanaan ini merupakan satu inisiatif yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha mendigitalkan perkhidmatan sedia ada selaras dengan norma baharu yang perlu dilakukan sempena dengan situasi dunia yang sedang dilanda wabak pandemik COVID-19.

‘Renew’ Lesen Kenderaan Sudah Boleh Dibuat Secara Dalam Talian Bermula 9 Oktober Ini 1
Sumber: SoyaCincau

Namun buat masa sekarang, urusan pembaharuan hanya kepada kereta persendirian sahaja. Langkah pembaharuan masih lagi belum diberitahu dan akan dikemas kini dalam masa terdekat oleh pihak JPJ.

BACA: JPJ Mula Masuk Campur Selepas Banyak Isu Melibatkan Geng Basikal

Tidak perlu bersesak, tidak perlu beratur panjang menunggu giliran, semuanya boleh dilakukan menerusi laman MyEG.

Cara Renew Lesen Secara Dalam Talian

  1. Daftar masuk akaun di MyEG.
  2. Pilih ikon JPJ dan Perbaharui Lesen Memandu.
  3. Masukkan maklumat yang diperlukan dan pilih kaedah penerimaan – penghantaran.
  4. Sahkan maklumat dan klik ikon hantar dan teruskan dengan pembayaran.
  5. Lesen akan sampai dalam tempoh masa satu hingga dua hari bekerja.

Layari laman rasmi MyEG untuk maklumat lanjut.