
Tak Pasal-Pasal Jadi Sasaran, Lelaki Ini Mohon Orang Ramai Sebarkan Taktik Terbaru Along Yang Semakin Melampau!
Seorang lelaki merayu kepada orang ramai agar ‘viral’kan satu hantaran beliau di Facebook mengenai tindakan along yang kini sudah mula menyasarkan rumah jiran.
Beliau dan keluarga kini hidup dalam ketakutan setelah rumah dan kereta beliau disimbah cat merah oleh along berpunca dari jirannya yang telah berpindah rumah.

Walaupun sudah meminta penjelasan dan membuktikan bahawa along tersebut sebenarnya mencari penghuni rumah yang lain, namun beliau seolah-olah diugut pula supaya mencari jirannya tersebut.
Menurut komen seorang netizen, berdasarkan pengalamannya yang seakan-akan sama, along tersebut bukan tersalah rumah tetapi memang sengaja menjadikan jiran sebagai mangsa.
Oleh kerana peminjam sudah menghilangkan diri dan along tersebut tidak tahu bagaimana untuk mencarinya, rumah jiran-jiran pula yang disimbah cat.
Kejadian yang turut berlaku di Johor tersebut telah pun dibuat laporan polis sebelum ini, namun kes simbah cat ke rumah jiran ini dilihat semakin berleluasa kebelakangan ini.
Ikuti perkongsian Azhar Md Arif berikut dan mohon kongsikan juga kepada rakan dan ahli keluarga yang lain untuk keselamatan bersama.

Bismillah, moga urusan aku dipermudahkan.
Kisah jiran berhutang dengan along.
Kejadian simbah cat merah malam tadi di rumah aku. Orang lain berhutang, rumah dan kereta aku jadi mangsa.
Aku buat posting ni untuk kau orang bantu aku viralkan posting ni, supaya kita lebih berwaspada. Nak harap si penghutang call aku untuk bayar ganti rugi ni, belum tentu lagi kan?
Malam tadi lebih kurang jam 12 lebih, tiba-tiba aku dengar jiran depan rumah aku jerit dan lepas tu aku terus tengok luar rumah dan nampak 2 orang budak menaiki motor terus beredar dari rumah aku lepas campakkan sebotol cat depan rumah aku.
Rumah aku nombor 288. Kalau ikut note yang ditampal, rumah penghutang nombor 286 dah kosong tiada penghuni hampir setengah tahun.

Aku WhatsApp si along nombor dalam note yang ditampal. Tapi, kau orang baca jelah conversation tu. Si along siap suruh kita pula cari owner rumah tu.

Dahlah salah rumah, dia boleh suruh kita cari si penghutang tu. Sabar jelah.
Kau orang doakan semoga urusan aku dipermudahkan. Report polis pun dah dibuat.
Yang paling sedih, budak yang menyimbah tu budak Melayu, kata jiran aku yang nampak kelibat budak tu.
BACA: Sanggup Bakar Bentley Milik Sendiri Untut Tuntut Insurans Demi Langsai Hutang ‘Along’
Sumber: Azhar Md Arif