
Tak Pandang Gaji Minimum? Ini Realiti Sebenar Yang Perlu Disedari Oleh Pekerja Ekonomi Gig
Ekonomi gig merupakan salah satu pilihan pekerjaan berasaskan kontrak jangka pendek atau dilakukan secara bebas (freelance) yang disokong dengan aplikasi teknologi.
Walaupun ketika ini ramai pekerja sektor ekonomi gig sangat selesa dengan pendapatan lumayan dan duit berkepok-kepok sehingga langsung tak pandang gaji minimum yang ditawarkan di pasaran kerja, terdapat beberapa perkara yang patut disedari oleh mereka.
Berikut merupakan hantaran yang dibuat oleh pengasas Direktori Bisnes, Mohd Firdaus Jailan bagi menyedarkan para pekerja ekonomi gig agar berpijak di bumi yang nyata.
Perkara yang ramai orang tak faham tentang kerja sebagai Grab Rider, Food Panda atau lain-lain delivery platform ni adalah:
- Mereka adalah pekerja yang paling rendah tarafnya di dalam hirerki pekerja.
- Mereka adalah pekerja yang paling mudah digantikan jika berhenti atau hilang.
- Mereka adalah pekerja pertama yang akan dikorbankan untuk survival syarikat.
Secara umumnya, mereka ni macam orang yang syarikat tak peduli pun kau ada atau tiada.
Apakah kesan apabila kita berada di dalam kelompok ini?
- Kebajikan kita akan sentiasa menjadi perkara terakhir untuk difikirkan.
- Nilai upah kita adalah yang paling rendah di dalam hirerki gaji.
- Tak ada siapa peduli atau tidak kita ada.
Ini adalah realiti. Jika tak boleh terima realiti ini, tak perlu baca seterusnya.
Jadi bagaimana kita nak naikkan nilai kita?
- Jangan buat kerja ini sebagai kerja tetap. Buat sebagai kerja part time.
- Tetapkan berapa pendapatan tambahan yang kita nak dapat dari kerja ini.
- Buat kerja yang boleh menaikkan nilai kita dari tahun ke tahun berdasarkan pengalaman kerja.
- Kumpul duit untuk buat bisnes delivery sendiri secara kecil kecilan.
- Belajar ilmu baru semasa kita sedang membangau dan bukan main Mobile Legends atau Call Of Duty.
- Buat perancangan jangka pendek dan sederhana apa yang kita mahu capai sambil kita bekerja sebagai rider.
Hakikatnya:
Kerja rider ini tidak sesuai untuk orang muda buat jangka masa panjang. Ini kerja yang betul-betul bergantung kepada kudrat semata. Ianya tidak memberi nilai tambah kepada skill dan pengetahuan kita sedia ada. Malah kerja begini boleh membunuh kemahiran dan pengetahuan yang kita sedia ada.
Naikkan nilai diri supaya kita dibayar semakin tinggi untuk kerja yang semakin ringan atau sedikit.
Sekian pandangan.
#tukangfikir
Sumber: Mohd Firdaus Jailan