
Tak Pam Tandas Lepas Guna Boleh Dikenakan Denda Hingga RM458 Di Singapura
Mengunjungi tandas awam di kawasan taman, ada dua perkara yang sering merisaukan pengguna, iaitu tahap kebersihan dan sama ada sedang digunakan atau pun tidak seperti masalah tandas tak di pam.
Masalah tandas awam kotor bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Keadaan ini tetap akan berlangsung sekiranya rakyat Malaysia masih lagi kurang kesedaran sivik, tiada rasa sayang kepada harta awam dan budaya cintakan kebersihan.
Biarpun negara melalui evolusi teknologi dan sebagainya, sekiranya perkara di atas masih lagi rakyat ambil ringan, maka ianya tidak akan selesai.
Di Singapura, umum sedia maklum pengharaman gula-gula getah berkait rapat dengan kebersihan negara yang mana ianya agak sukar dibersihkan sekiranya dibuang di tempat yang tidak sepatutnya.
Namun tahukah anda, di Singapura juga perbuatan tak pam tandas selepas digunakan boleh menyebabkan anda didenda hingga SG150 bersamaan dengan +-RM458?

Hukuman tersebut nampak kelakar tapi adalah bagus sebagai peringatan supaya orang ramai mengamalkan kebersihan terutamanya semasa menggunakan hak awam yang dikongsi bersama.
Mungkin perbuatan tak pam tandas bagi sesetengah orang nampak ringan, tetapi ianya memberi kesan kepada orang lain.
Pada tahun 2019, bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr. Mahathir pernah meluahkan rasa malu beliau dengan keadaan tandas awam yang tidak bersih dan berbau busuk sehingga mencerminkan bahawa rakyat Malaysia seakan tidak punya kesedaran sivik yang tinggi.
BACA: Tandas Kotor Dan Berbau Cerminan Rakyat Malaysia Kurang Sivik – Tun Mahathir
Di Tokyo, tandas awam lut sinar telah direka khas di kawasan taman awam bagi memberi pilihan kepada orang ramai sama ada mahu gunakannya atau pun tidak kerana keadaan dari dalam tandas boleh dilihat secara jelas dari luar.
Manakala di Indonesia pula, sekiranya ingkar dengan penjarakan sosial, rakyat diberi pilihan sama ada mahu menjalani denda mencuci tandas atau pun hukuman penjara untuk memberikan keinsafan agar tetap menjaga jarak sosial bagi memutuskan rangkaian jangkitan.