
Tak Mampu Lincah Seperti Dahulu, Ini Keadaan Terkini Raja Gelek M Daud Kilau
Sebut sahaja Datuk M Daud Kilau siapa yang tidak kenal, kan?
Sedar tak sedar, Raja Gelek Malaysia yang kini sudah berusia 81 tahun sudah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air lebih daripada 51 tahun.
Malaysia pernah dikejutkan dengan keadaan beliau yang pengsan sejurus sahaja selesai melakukan persembahan pada tahun lalu di Waterfront Bagan Datuk sehingga terpaksa ditahan di was Hospital Teluk Intan selama beberapa hari.
Terkenal dengan lagu ‘Cek Mek Molek’ dan ‘Gila Judi’, Datuk M Daud Kilau kini terpaksa melupakan industri seni selepas tahap kesihatannya merosot tiga tahun lalu bermula daripada masalah membuang air kecil yang kemudiannya kepada beberapa jenis penyakit lain antaranya kencing manis, dan kebas pada bahagian kaki, tangan dan pinggang.
Aktif bergelek di atas pentas, Datuk M Daud Kilau kini tidak mampu selincah dahulu kerana sudah tidak larat mahu berdiri dan bergelek di atas pentas seperti sebelum ini.
Walaupun ditawarkan menyanyi sambil duduk daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, beliau terpaksa menolak bukan hanya kerana masalah kesihatan yang dialaminya tetapi juga kerana mahu memberikan tumpuan menghabiskan sisa hidupnya.
“Saya menolak untuk membuat persembahan kerana saya tak boleh berdiri lama, saya selalunya lincah di atas pentas.
Kalau datang duduk saja (di atas pentas) tak elok. Tak kan nak tunjuk muka saja. Black Dog Bone kata datang saja, mereka buat persembahan dan saya duduk saja.”
Semoga lagenda industri hiburan tanah air ini sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
Sumber: NST