shahar perets

‘Tak Mahu Pakai Uniform Simbol Keganasan’, Remaja Israel Dihukum Penjara Enggan Serta Tentera

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

‘Tak mahu pakai uniform simbol keganasan’, remaja yang dikenali sebagai Shahar Perets antara yang dijatuhkan hukuman penjara.

Seorang remaja Israel, Shahar Perets, 18 tahun dijatuhkan hukuman penjara di penjara ketenteraan selama 10 hari selepas mengumumkan enggan menyertai pasukan tentera Israel.

7C37EAF3-D208-437C-B635-D6AD370BED28

Enggan menyarung uniform yang menjadi simbol kepada keganasan dan kesakitan, Perets merupakan salah seorang daripada 120 orang remaja yang menandatangani Shministm Letter pada Januari lalu sebagai tanda protes terhadap dasar pendudukan dan apartheid.

Pada Jun 2020, Perets merupakan salah seorang daripada 400 orang remaja Israel yang menandatangani surat yang dihantar ke kepimpinan Israel dan menuntut supaya rancangan menggabungkan sebahagian Tebing Barat sebagai sebahagian daripada rancangan damai bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Pilihan Perets disokong kuat ayahnya yang juga memiliki ideologi yang sama dan sudah empat tahun keluar masuk penjara kerana enggan berkhidmat untuk tentera Israel.

Dan setakat tarikh 22 Oktober ini, Perets sudah 30 hari menjalani hukuman penjara disebabkan keputusannya.

Perets turut mendedahkan salah seorang pemprotes yang dikenali sebagai Eran Aviv telah menghabiskan 54 hari di penjara tentera atas sebab demikian dan dijatuhi hukuman penjara 10 hari tambahan.

Selepas daripada dibebaskan, mereka perlu kembali ke pangkalan induksi dan mengulangi proses sehingga tentera memutuskan sama ada dilepaskan atau sebaliknya.

Malaysia merupakan salah satu negara yang aktif menyerang dan mengkritik tindakan zionis di media sosial dengan tanda pagar antara yang paling popular ialah #shameonIsrael#GazaUnderAttack dan #MyAqsaDefender.

Namun bagi menunjukkan kekejaman tentera zionis, rakyat Malaysia mula melancarkan perang reverse psychology dengan menggunakan tanda pagar yang membolehkan pengguna media sosial lebih cakna mengenai isu ini.

Rakyat Malaysia mula menukar strategi mereka dalam mempromosikan kejahatan dan kezaliman Is-ra-hell berserta tanda pagar #visitIsrael yang kebiasaannya dicari pengguna media sosial sebelum melancong.

Apabila melihat isi dalamnya, banyaknya yang menulis mengenai kekejaman bangsa zionis tersebut.

Baca lanjut di: Rakyat Malaysia Mula Lancar Perang ‘Reverse Psychology’, #VisitIsrael Jadi Trending