Syed Saddiq Luluskan Ganja

Tak Mahu Malaysia Tertinggal, Syed Saddiq Harap Kerajaan Luluskan Ganja Untuk Perubatan

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji kebaikan serta memberi kelulusan kepada industri ganja jenis ‘hemp’ dan marijuana perubatan bagi memastikan industri tersebut dikawal selia dengan baik.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, pasaran hemp dan marijuana dianggarkan kini bernilai RM60 bilion dan dijangka melebihi RM400 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang.

Tambahnya, industri berkenaan juga boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif kepada masalah kesihatan mental dan sebagainya.

Jelas Syed Saddiq, ketika ini lebih 40 negara telah memberi kelulusan kepada industri ganja, termasuk di negara jiran, Thailand.

Pengalaman Kerja Pengawal Mutu dan Kualiti Ganja
Sumber: FMT

Mengikut nilai pasaran pula, industri ‘hemp’ menyumbang sebanyak RM60 bilion, dan dalam tempoh empat tahun ia dianggarkan mencecah RM400 bilion.

“Kita tidak mahu lagi Malaysia ke belakang dan ketinggalan. Jangan kita ketepikan perbincangan berkenaan isu ini hanya kerana ia sensitif walhal kajian yang dibentangkan menunjukkan sebaliknya (positif).

“Mengikut data dan sains, industri arak dan rokok jauh lebih berbahaya dari industri hemp. Tapi kita tidak ada iltizam politik untuk mulakan perbincangan isu ini dengan fakta,” katanya.

Menurut bekas menteri kesihatan, Dr Adham Baba, sehingga September tahun lalu penanaman hemp masih lagi tertakluk di bawah akta dadah.

Pada 2019, menteri kesihatan ketika itu Dzulkefli Ahmad mengumumkan kerajaan membenarkan penanaman hemp yang merupakan sejenis pohon ganja daripada spesis Cannabis Sativa bagi tujuan penyelidikan pihak industri.

Bagaimanapun, kebenaran tersebut masih tertakluk di bawah Seksyen 6B(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, di mana menteri kesihatan mempunyai kuasa untuk memberi izin penanaman hemp, untuk pengeluaran serat dan biji sahaja bagi tujuan bukan komersial.

BACA: Jurutera Jual Minyak Ganja Yang Pernah Mendapat Perhatian Dr Mahathir, Terlepas Hukuman Gantung

BACA: Pesakit Remaja Pertama Guna Perubatan Ganja Di Singapura, Selepas Ubat Berdaftar Tidak Berkesan

Sumber: Awani