WFH

Tak Larat Hadap ‘Jem’ Teruk Hari-Hari, Ramai Warganet Mohon Pertimbang Semula WFH

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

Tinjauan wartawan Rizal Zainal dari Majoriti mendapati, kebanyakan warganet amat mengharapkan agar pihak kerajaan kembali menjalankan sistem Work From Home (WFH) seperti yang pernah diterapkan pada masa awal pandemik melanda sebelum ini.

Ini berikutan isu kesesakan lalu lintas atau ‘traffic jam’ dilihat kebelakangan ini kian meruncing dan seolah-olah tiada kesudahan sehingga menyaksikan banyak pembaziran masa berlaku di atas jalan raya.

Beberapa warganet turut mendakwa ada di antara mereka yang terpaksa tidur dan menginap di dalam kereta hanya kerana ingin memulakan perjalanan lebih awal pada setiap pagi sebelum berlaku ‘jem’.

Ini sangat dirasai terutama sekali oleh golongan ibu bapa kerana mereka perlu menghantar anak ke sekolah dan pada masa yang sama harus berkejar pula untuk ke pejabat.

Seorang warganet yang dikenali sebagai Henri berkata, sistem WFH wajar diadakan kembali oleh syarikat swasta dan kerajaan bagi mengelak masalah itu berlarutan.

“Sebab itu semua syarikat swasta dan kerajaan kalau boleh laksanakan WFH, hanya yang perlu sahaja masuk pejabat, selagi boleh buat kerja di rumah biarlah di rumah kurang sikit kesesakan lalu lintas,” ujarnya.

Rusniza pula berkata, “Dah macam jadi kebiasaan ibu bapa hantar anak ke sekolah perlu gerak sebelum subuh dan tidur dalam kereta sementara tunggu waktu pejabat bermula.”

Seorang lagi warganet Zulfahmi yang turut bersetuju menambah, “WFH ni ada bagusnya, dapat elak jalan sesak dan kurangkan pembaziran minyak dan sebagainya, kalau tidak memang banyak masa yang dihabiskan dan selamanya la terpaksa tidur dalam kereta.”

Telah dapat dibuktikan sebelum ini ketika waktu pandemik bahawa pekerja masih boleh menjadi produktif dan berjaya sekiranya WFH sama seperti ketika berada di pejabat.

Oleh yang demikian, adalah wajar sistem WFH ini dikembalikan kerana ianya ternyata lebih memudahkan dan mampu menjimatkan masa sekali gus dapat mengurangkan kesesakan trafik.

1 WFH

BACA: Penyampai Astro Awani Kongsi Bloopers Ketika Work From Home Bikin Netizen Berdekah

Sumber: Majoriti