Tak Impi Kehidupan Mewah, Puteri Balqis Bahagia Jual Buku Di Jalanan

Sebut sahaja nama Puteri Balqis, ramai yang mengenali figura kecil molek ini.

Pernah berada di puncak kegemilangan suatu ketika dahulu, Puteri Balqis mengejutkan ramai apabila mengesahkan dirinya menghidap penyakit hati pada tahun 2018.

Kali terakhir berlakon pada 2018, siapa sangka di sebalik kemasyurannya dahulu, beliau kini memilih untuk menulis puisi dan menjualnya di jalanan.

Puteri Balqis Jual Buku DI Jalanan 1

Tidak pernah sesekali menyalahkan takdir, pemenang Pelakon Wanita Terbaik (Drama) pada Anugerah Televisyen Asia 2014 tidak pernah mengimpikan kehidupan mewah sebaliknya cukuplah jika dapat bersama dengan ibu tersayang.

Walaupun baru berusia 13 tahun, namun tutur kata beliau cukup tertib, tersusun dan tenang memperlihatkan kematangan beliau menjalani kehidupan kini.

Berulang alik menaiki komuter dari rumah di Setia Alam, Selangor ke beberapa lokasi di ibu kota seperti Masjid Jamek, Masjid India, Pasar Seni dan Jalan Petaling, Puteri Balqis akui adakalanya terpaksa mengikat perut.

Banyak bergaul dengan gelandangan, kisah beliau yang diterbitkan oleh pihak Bersamamu TV3 banyak mengundang simpati orang ramai yang mendoakan kesejahteraan kesihatannya.

Pada awal dikesan mempunyai penyakit tersebut, Puteri Balqis memberitahu beliau sering muntah darah, demam sehingga menyebabkannya sukar untuk bernafas.

Gembira dengan kehidupan sekarang, tonton kisah penuh kehidupan beliau di pautan bawah:

Jika anda berhasrat untuk melakukan pembelian bolehlah lawati laman Instagram Puteri Balqis ataupun menerusi aplikasi WhatsApp di SINI.

Sumber: Harian Metro,