
Tak Dapat Mandi Air Kena Potong, Lelaki Ini Sengaja Bawa Tabung Tin Biskut Penuh Syiling 5 Sen Untuk Bayar Bil
Sektor perkhidmatan awam sering mendapat teguran dan maklum balas dari orang ramai berkaitan dengan mutu dan kualiti yang ditawarkan.
Demi memberikan perkhidmatan yang terbaik, mereka dilatih untuk akur dan melayan sahaja kehendak pelanggan yang datang dengan pelbagai ragam dan karenah.
Seorang pelanggan Syarikat Air Terengganu (SATU), baru-baru ini benar-benar menguji kesabaran pekerja-pekerja di kaunter pembayaran setelah beliau hadir membuat kejutan untuk membayar bil dengan membawa tabung tin biskut.
Kisah ini dikongsi oleh beliau sendiri melalui ciapannya di Twitter yang memberi pengajaran dan iktibar untuk orang ramai agar tidak terburu-buru mengikut perasaan dan betapa pentingnya sikap profesional di kalangan kakitangan kerajaan.
Untuk kesan lebih dramatik, pembaca disarankan agar membaca dan cuba memahami dulu ciapan asal beliau berikut yang pekat dengan dialek Terengganu.

Hari Ahad baru-baru ni aku pergi bayar bil air di pejabat SATU, sebab keluar surat ‘merah’ dan dah kena potong. Berapa bulan entah tak bayar, jumlah dia ada la dalam RM214.60 seingat aku. Aku bawa tabung biskut yang aku isi syiling 5 sen tu, letak atas kaunter, lepas tu tinggalkan nombor telefon.
Aku beritahu pada staf SATU, “Oh, korang ni time tak ada air lambat bertindak, time nak potong air rumah orang, laju je hantar orang buat kerja. Ha, encik pakat kiralah berapa ringgit, saya nak pergi mandi.” Lepas orang gomen rehat, dalam pukul 2.30 macam tu aku sampai, masih terdapat tiga orang sedang mengira.
Muka bengang je aku tengok semua. Hahaha. Lepas selesai semua tu, ada seorang tu yang tua nak pencen sangat dah, dia sound slow je pada aku, “Awang, tak eloklah buat begini pada kami ni, melampau sangat bagi duit 5 sen dekat RM180.” Jaga yang berdiri di pintu terus datang menuju ke arah aku dan suruh aku balik.
Sebelum keluar dari pintu depan pejabat SATU tu, aku sengaja buat loudspeaker telefon orang rumah suruh buka paip sink ada air ke tidak. Pegawai SATU tu boleh pula beritahu pukul 5 kejap lagi baru ada air. Natang apa aku dah bayar pukul 3 lebih, nak drag lagi? Jenis buat kerja bangang macam tulah. Lepas tu aku blah.
Baru je aku lepas keluar sikit dari pintu, dalam beberapa langkah je baru nak ke kereta yang parking di luar, aku patah balik masuk dalam. Jaga tadi masa tu dah tak ada entah ke mana, aku pun masuk bodoh macam tu je la. 3 orang pegawai tadi terkejut habis sebab cuak tengok aku laju masuk semula.
Aku masuk je dalam tu tak sempat cakap apa pun lagi, 3 orang pegawai terus pakat bangun menuju ke arah aku konon nak jaga keadaanlah tengok aku begitu. Aku kata, “Relakslah encik, jenis cuak semua ni kenapa ntah, saya datang semula nak ambik tabung tadi tu je, saya terlupa tadi”.
Lepas tu mereka semua macam rasa lega bila aku berkata begitu sambil mengukir senyuman. Lepas tu pakat gelak semua yang ada di situ dengan jaga tadi pun ada semula, masa bila entah tahu-tahu ada suara dia gelak sama. Kecuali seorang makcik ni je yang duduk atas kerusi tengah cakap telefon dan nampak blur-blur.
Lepas seorang pegawai ni hulur semula tabung aku, sebelum aku blah, aku salam minta maaf pada semua. Cuma makcik tu seorang je aku buat-buat tanya urusan apa. Makcik tu lagi stail, datang pejabat SATU nak bayar air, tersalah bawa surat Tabung Haji pula. Tengah tunggu anaknya datang bawakan bil. Stail lagi makcik ni.
Aku rasa nak tergelak lepas dia ceritakan begitu. Mujur dekat je sebab anaknya dari Pulau Kambing sahaja. Aku cakap, “Kejap lagi sampailah anak tu, relaks dulu, duduk dulu makcik dalam aircond sambil tengok TV”. Makcik tu sempat lagi berpesan, “Dah tua-tua begini biasalah awang ya, jadi tak ingat”. Sembang banyak pula makcik ni, aku nak cepat balik mandi ni.
Sumber: Twitter – samad tiongmen (@itehii)