Pas Hapus Riba PTPTN

Tak Dapat Hapus PTPTN, PAS Cadang Hapus Riba Bayaran Balik

Langgan saluran Telegram @ODISI untuk kemaskini terpantas.

PAS kini menjadi sebahagian dalam gabungan Perikatan Nasional yang membentuk kerajaan Persekutuan yang baharu.

Salah satu isu yang sering ditimbulkan dalam kalangan parti ialah hak pelajar universiti mengenai pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Hal ini disebabkan pembayaran balik pinjaman yang dikenakan organisasi itu.

Justeru, selaku menjadi salah satu parti yang membentuk kerajaan baharu ini menyuarakan cadangan agar unsur riba dalam bayaran pinjaman PTPTN dihapuskan.

Pas Hapus Riba PTPTN

Memetik laporan Harian Metro, kenyataan ini dikeluarkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Ahmad Yakob yang berharap peminjam hanya membayar jumlah yang dipinjam.

“Sekiranya kerajaan (diterajui Perikatan Nasional) hari ini tidak dapat menyelesaikan isu (menghapuskan hutang) PTPTN, jika dapat selesaikan tanpa riba pun sudah okay.

“Isu (PTPTN) ini, jangan kata pengecualian sebab (dalam Islam) bila pinjam kena bayar, cuma jangan dikenakan riba,” katanya.

PAS berkata, manifesto mereka mengenai langkah memansuhkan PTPTN hanya terpakai sekiranya parti itu berjaya membentuk kerajaan sendiri.

Buat masa ini, selain caj pengurusan, peminjam PTPTN dikenakan kadar faedah tiga peratus. Bagaimanapun peminjam boleh bertukar kepada sistem ujrah yang mengenakan kadar satu peratus.

Sumber: Harian Metro