
Tak Dapat Elon Musk Pun ‘Apedehal’?, Rakyat Malaysia Masih Boleh Berbangga Dengan Senarai Ini
Ramai yang masih bersedih kerana Malaysia dikatakan gagal untuk memikat Elon Musk bagi membuat pelaburan di sini dan hanya memilih negara jiran, Indonesia.
BACA: Ini Mungkin Sebab Sebenar Kenapa Elon Musk Pilih Indonesia Untuk Buka Kilang Tesla
Tak apalah jika begitu, Elon Musk. Kata orang, bunga bukan sekuntum.
‘Apedehal’, kan? Macamlah tak ada syarikat lain yang nak buat pelaburan lagi di Malaysia.
Khabarnya, kilang pemasangan Porsche pertama di luar Eropah pun kini sudah mula beroperasi di Kulim Hi-Tech Park yang menggunakan 100% tenaga kerja dan pakar tempatan.
AT&S juga akan membawa nilai pelaburan sebanyak RM8.5 bilion dan kini kilangnya dalam pembinaan di Kulim yang bakal memberikan lebih 6,000 peluang pekerjaan apabila fasa pertamanya siap tidak lama lagi.
Sebenarnya, usaha Malaysia untuk menarik pelabur asing masih tidak kurang hebat jika hendak dibandingkan dengan Indonesia.
Cuma, ramai yang tidak tahu dan ambil peduli. Mungkin sebab ‘hype’nya tidak sama dengan manusia terkaya di dunia itu, kan?
Richard Ker melalui akaun Twitternya @richardker juga telah menyenaraikan 8 lagi syarikat teknologi luar yang berminat untuk melabur di Malaysia dengan nilai jumlah keseluruhan berbilion-bilion ringgit pada ketika ini.
Berikut merupakan senarai yang dikongsikan oleh Richard Ker menerusi bebenang di Twitternya tersebut bagi mengubati jiwa rakyat Malaysia yang terlalu taksub dengan Mas Elon Elon Musk dan masih lagi tidak boleh ‘move on’ sekarang ni.
1) Amazon Web Services
2) Foxconn (Hon Hai Precision Industry Co., Ltd.)
3) Ferrotec Holdings Corporation
4) Advanced Micro Devices (AMD)
5) Indium Corporation
6) DHL Express
7) The Hershey Company
8) Avanade
Memang lebih banyak lagi syarikat sebenarnya tidak sempat disenaraikan di sini kerana Malaysia telah menjadi hab industri elektronik terkenal di rantau ini sejak dari dulu lagi.
Namun, beberapa ‘faktor’ masih lagi menjadi penentu sama ada pelabur-pelabur ini akan terus muncul dan kekal di sini atau semuanya turut ‘cabut lari’ ke Indonesia juga akhirnya nanti.
Sumber: Twitter Richard Ker @richardker