
Tak Boleh Suka-Suka ‘Eject’, Ini Sebenarnya Beza ‘Pilot’ Komersial Dengan Jet Pejuang
Biasa kita tonton dalam filem-filem aksi Hollywood, juruterbang atau ‘pilot’ jet pejuang selalunya mesti sempat keluar atau ‘eject’ dari kokpit sebelum pesawatnya meletup akibat ditembak musuh (Lihat – Tom Cruise dalam Top Gun: Maverick).
Berbeza pula dengan ‘pilot’ penerbangan komersial yang sanggup bergadai nyawa dan hidup semati bersama dengan anak kapal dan penumpang-penumpangnya tanpa timbul pun soal untuk ‘eject’ (Lihat – Tom Hanks dalam Sully).
Persoalan ini sering dibangkitkan oleh orang awam seperti yang diceritakan oleh seorang ‘pilot’ pesawat Boeing 757/767, Mohd Ezairol Rezan Zainol di Facebooknya berikut.
Jom ikuti perkongsiannya ini yang menjelaskan mengenai perbezaan di antara juruterbang penerbangan komersial dan jet pejuang.
Masa Aku terlibat dengan LIMA Langkawi 2009 dulu, selalu ada orang akan tanya Aku…
“Kenapa jet fighter pilot kalau kapal depa ada problem, depa boleh eject dan keluar dari pesawat dengan menggunakan payung terjun tapi pilot kapal terbang lain tak buat camtu juga ye?…”
Biasanya Aku senyum je dulu sebelum Aku berikan jawapan. Bagi mereka teka dulu “why”…😅
Aku pasti ada banyak jawapan tentang persoalan ini tapi jawapan yang lebih tepat adalah disebabkan oleh “lesen”.
Yes… Lesen. Ramai yang tak tahu bahawa lesen pilot Airforce berbeza dengan lesen awam pilot komersial.
Disebabkan oleh had kuasa dan undang-undang yang berbeza yang diguna pakai pada dua lesen tersebut, maka itulah sebabnya kenapa jet fighter pilot boleh eject dan meninggalkan pesawat manakala pilot awam tidak boleh berbuat demikian.
Pilot komersial tidak boleh pakai sut “parajump” dan tinggalkan penumpang di dalam kapal bila ada masalah…❌
Gila…Memang Tak boleh!😅
Dalam situasi peperangan, nyawa jet fighter pilot adalah lebih bernilai bagi tujuan mempertahankan negara.
Oleh sebab itu dalam keadaan genting mereka diberikan “privilege” untuk eject dan keluar dari pesawat bila keadaan memerlukan.
Untuk menghasilkan seorang fighter pilot jet pejuang yang berkemahiran tinggi memerlukan masa.
Jet pejuang boleh dibeli dan dimiliki dalam tempoh masa yang singkat tapi untuk menghasil seorang fighter pilot memerlukan masa yang panjang.
Bagi pilot yang memiliki lesen awam seperti Aku, walau apa pun yang terjadi, pilot mesti sedaya upaya mengawal pesawat itu dan mendaratkannya di tempat yang selamat atau pun jika terpaksa “crash landing”, wajib memilih kawasan lapang atau jauh dari kepesatan penduduk jika mempunyai pilihan…
Dengan kata lain, pilot mesti kekal bersama dengan pesawatnya hingga akhir sama ada mendarat dengan selamat atau pun sebaliknya.
Adalah menjadi satu kesalahan yang boleh dihukum penjara jika pilot meninggalkan pesawatnya terlebih dahulu tanpa menghiraukan penumpang dan anak kapalnya.
Kapten yang baik dan bertanggungjawab akan menjadi orang yang terakhir sekali keluar dari pesawat setelah beliau memastikan semua penumpang dan anak kapalnya telah selamat keluar.
Boleh tonton filem “SULLY, MIRACLE ON THE HUDSON”, lakonan Tom Hanks kalau ada masa nanti.😊
Moga bermanfaat dan belajar sesuatu disini…
#MERZ
#FB: Mohd Ezairol Rezan Zainol
BACA: Juruterbang Kongsi Pengalaman Terkandas Sendirian Dalam Hutan Amazon Selama 38 Hari
Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol